SEMAIKAN KASIH MU.... BAJAKAN IA DENGAN KATA2 CINTA..~ aiRUL zamHURi 2011
Sedang asyik bercumbu mesra tiba-tiba suami menolak lembut tubuh anda ke tepi. Wajahnya yang tadinya ceria mula menampakkan sedikit kedukaan. Bila ditanya, suami diam seribu bahasa tetapi setelah diselidiki, rupa-rupanya suami susah untuk ereksi. Berdasarkan penjelasan yang diberi, bermacam kaedah telah dicuba tetapi hasilnya masih kecewa.
Situasi di atas tentunya membimbangkan bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Apa tidaknya, aktiviti seks bukan lagi ‘penyeri’ sebaliknya mimpi ngeri yang ingin dijauhi. Akhirnya, suami dan isteri makan hati lantas mencari hiburan sendiri. Hakikatnya, penyelesaian yang dicari ada di hadapan mata. Usah bimbang kerana solusinya ada pada anda saat ‘hubungan’ sedang hangat berlangsung.

Tenangkan Diri Sebelum BerhubunganTerlalu gelisah dan gugup juga membuatkan suami kurang ereksi. Mungkin ketika pertama kali berhubungan, situasi seperti ini sering terjadi. Sebaiknya tenangkan fikiran dan hindarkan kebimbangan dengan melakukan aktiviti yang menceriakan seperti bertukar cerita dengan isteri mengenai minatnya atau menonton rancangan yang digemari. Setelah perasaan kembali tenang, perlahan-lahan mainkan peranan sebagai suami yang ‘mengepalai’ rumah tangga. Mungkin tidak sempurna di awalnya tetapi lama kelamaan kenikmatan itu pasti berganda.
Rajin-rajin BersenamKerap lakukan senaman perut. Gerakan seperti ini membantu suami untuk menguatkan otot di bahagian tersebut sekali gus mempertahankan tempoh ereksi. Di samping itu, rajinkan diri untuk membuat senaman kagel bagi menguatkan ‘Mr P’. Mungkin tiada kajian yang membuktikan ia membantu untuk membesarkan saiz ‘Mr P’ tetapi memadailah jika ereksi anda berlangsung dalam jangka masa yang lama.

## PERHATIAN : ARTIKAL INI TIADA SEBARANG TUJUAN TERTENTU. INI ADALAH ILMU YANG KITA KONGSI BERSAMA-SAMA ~ aIrUL ZamHUri
No comments:
Post a Comment