Sunday, November 13, 2011

ANTARA KELUARGA DAN KERJAYA.....MANA LAGI PENTING..???

Perkara yang paling penting dalam kehidupan seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa ialah keseimbangan dalam kehidupannya, baik dari segi kerjaya mahupun keluarga. Bagi mereka, kedua-duanya perlu seiring agar kepuasan dan kualiti hidup dapat dicapai. Namun masih ada di antara lelaki berstatus suami yang gagal membahagikan kedua-duanya hingga akhirnya kecundang dan memakan diri sendiri. Maskulin berikan tip yang boleh anda praktikkan.
1. Tetapkan Batasan MasaSentiasa pastikan setiap rakan kerja anda tahu batasan waktu yang anda tetapkan di antara waktu kerja dengan waktu selepas habis kerja. Dengan batasan yang lebih jelas, anda akan bekerja dengan lebih efektif. Pastikan habis sahaja waktu kerja, tumpuan anda diberikan kepada keluarga.
2. Buat Zon Waktu SendiriKalau boleh antara jam 7.00 malam hingga 10.00 malam, tiada sebarang gangguan dari bunyi telefon ataupun kesibukan orang keluar masuk rumah. Pastikan anda mengingatkan teman sekerja waktu yang paling sesuai dihubungi untuk urusan kerja, kecuali saat-saat kecemasan. Jangan lakukan sebarang tugasan tambahan ketika makan malam. Fokuskan masa tersebut untuk keluarga dan kebajikan anak-anak.
3. Tutup Sebarang Sumber KomunikasiPastikan anda selesai menutup komputer jika jam menginjak pada angka 7.00 malam. Jangan amalkan melihat televisyen ketika semua orang sedang membuat persiapan makan malam atau menunaikan ibadah. Rehatkan minda dari sebarang bunyi talian komunikasi atau online sebelum semua orang tertekan.
4. Kerja Betul-betul! Jangan Main-mainWaktu pejabat perlu digunakan sepenuhnya dengan baik. Kalau boleh selesaikan kerja lebih penting pada waktu yang ditetapkan. Ketika waktu bekerja pula, harus ada batasan untuk segala aktiviti melibatkan hal rumah tangga. Jangan mencampuradukkan masalah keluarga sampai ke pejabat kerana ini menunjukkan anda bersikap tidak profesional. Sentiasa ingatkan diri sendiri supaya jangan menangguhkan kerja pejabat untuk memastikan anda pulang ke rumah dengan tenang dan selesa.
5. Ubah Aktiviti Kebiasan AndaJika pada hari-hari biasa anda selalunya ‘ berkepit’ dengan komputer atau tugasan pejabat yang bertimbun, jangan lupa tinggalkan seketika semua itu untuk hobi baru yang menarik seperti berkebun, bermain badminton bersama anak-anak ataupun membersihkan kolam ikan. Pasti menarik bukan? Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama pasangan, malah dapat segarkan minda anda yang asyik sempit dan kurang aktif.

No comments:

Post a Comment