Monday, November 21, 2011

KISAH SEDIH PENOREH GETAH... mencari sesuap nasi

YA..SALAM 
 selamat pagi dan salam sejahtera.. bermula sekali lagi di minggu yang baru.. ISNIN adalah hari yang aku betoi2 tak suka.. semangat berehat tu masih ada..yang membuatkan aku rasa malas nak melangkah pegi keje... namun atas tuntutan sebagai seorg manusia yang harus mencari sesuap nasi.. kenalah pergi..

aku kan airul zamhuri..!!!

namun jauh dari sudut hati.. aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang ALLAH SWT telah berikan..alhamdulilah. jika aku alihkan pandangan korang2 tentang perasaan dan selami kehidupan seorg penoreh getah..ALLAH..begitu cekal dan tabah kehidupan mereka utk mencari sesuap nasi dan menyekolahkan anak2 mereka.. alhamdulilah seorg ayah dan ibu haruslah menitikberatkan tahap pelajaran anak2..

bukan itu yang aku mahu ceritakan di sini.. kehidupan seorang penoreh getah ..amatlah perit pd sesetengah orang yang tak pernah merasai kehidupan yang susah.. di awal2 pagi sudah memulakan langkah untuk mencari rezeki.. ALLAH SWT maha kaya..maha adil dan maha bijaksana.. apa yang diberikan mesti ada hikmahnya.. cuma terpulang pada manusia itu sendiri.. dan bagaimana mahu menghadapi. Namun aku yakin.. pada anak2 yang melihat kepayahan dan kesusahan ibubapanya.. pasti ada rasa kasihan dan cepat2 berazam mahu mengubah taraf kehidupan keluarga.

"seawal jam 4.30 pagi.. si ibu sudah tanak nasi utk dibuat sarapan utk si suami yang mahu menoreh.. dikala itu.. kita yang sudah terbiasa dengan kehidupan yang serba mewah. cuma tahu memulaskan paip pili air.. dan mereka harus mencampakkan cebuk ke dalam telaga.. ermmmm.. begitu sejuk air telaga sudah dicurahkan di badan2 mereka.. aduh segarnyer.. Dengan sarapan ala2 kadar.. agar ditinggalkan sedikit buat anak2 yang masih di buai mimpi.. si ayah terus memulakan langkah ke kebun getah.. dengan mengalaskan sebuah baldi merah yang hanya menunggu masa utk pecah.. dan pisau penoreh pokok getah yang sudah awal2 di asah tajamnya.."

setiap langkahnya hanya memikirkan tentang anak2nya.. apa yang perlu disediakan.. berkumit2 bibirnya seoalah2 berkatakan tentang perihal anak2nya.. INILAH SEDIKIT SEBANYAK TENTANG HIDUP SEORANG PENOREH GETAH.. mahu melihat anak2nya berjaya dan sekurang2nya tidak seperti ayah dan ibunya .. cukup gembira di ibu dan ayah bila melihat kejayaan seorang anak itu..dipanjatkan kesyukuran ke atas ALLAH SWT..

ANAK MASA KINI....

"  Papa.. nak duit belanja.. 10 ringget...- berkata si anak kecil yang berusia baru meningkat ke tahun 2. dengan senang hati si ibu terus memberikan duit 10 hengget.. " - situasi zaman sekarang

tak dinafikan dengan situasi di atas ini..pasti berlaku di zaman2 ini. si ayah dan ibu tidak mahu melihat anak2nya merasakan zaman susah yang pernah mereka lalui dahulu.. oleh kerana itulah.. mereka sanggup menurutkan kata2 anak itu... bila ditanya pasti alasan nya pakcik dh rasai zaman susah dulu2.. pakcik taknak anak2 pakcik lalui lagi.. sebb itu pakcik cuba penuhi kehendak mereka..

kalau ada ayah atau ibu yang berfikiran mcm ni... pasti hanyut anak itu..pasti tidak kenal erti kehidupan sebenar.. sekiranya ada orang tuanya yang menjaga kebajikan dari kecil hingga besar, bukan lah sya katakan itu salah.. cuma ada yang tak kena.. janganlah terlalu manja kan anak2 dengan kemewahan.. dengan kehidupan yang penuh dengan pancaroba dan penuh dengan penipuan.. pasti hanyut sekiranya tiada keimanan dan jati diri yang kukuh.

morals of the story.....

apa2pun boleh dilakukan... utk membentuk anak itu lebih baik berdasarkan dengan pengalaman dan pengajaran yang boleh menjalankan akal fikiran anak itu.. dan mampu berfikir tentang masa depan.. apakah yang mahu dipilih.. jalan yang cerah ataupun jalan yang gelap.. entah..!!! yang boleh berfikir pasti ada jawapannya.. yang masih mahu berseronok dengan kehidupan yang sementara ini.. pasti akan tahu akibatnya..

kita mampu merancang, tapi ALLAH SWT yang menentukan.. jalan usaha dan tawakal adalah jalan yang betul.
wallahualam..


coretan.
airul zamhuri


No comments:

Post a Comment