Lelaki masa kini semakin mementingkan gaya hidup sihat. Ia satu kesedaran dan perubahan yang amat positif. Bagi jejaka Hot Bulan Ini, bukan sahaja amalan ini penting buatnya, malah sebagai usahawan produk makanan tambahan kecergasan, dia sendiri perlu tampil sihat dan yakin di mata pelanggannya.
TONJOLKAN KEYAKINAN DIRI
Dilihat pada saiz fizikalnya, Hafiz mempunyai bentuk tubuh yang boleh dibanggakan. Melihat kondisi tubuhnya, sesiapa sahaja mampu dan boleh memiliki tubuh yang berotot serta sihat, asalkan punya sikap tidak mudah berputus asa dan tahap disiplin yang tinggi.
Dilihat pada saiz fizikalnya, Hafiz mempunyai bentuk tubuh yang boleh dibanggakan. Melihat kondisi tubuhnya, sesiapa sahaja mampu dan boleh memiliki tubuh yang berotot serta sihat, asalkan punya sikap tidak mudah berputus asa dan tahap disiplin yang tinggi.
“Bagi saya, seseorang perlu mempunyai tubuh sihat terlebih dahulu. Kesihatan yang baik mengawal minda dan pemikiran. Sekiranya sihat, pastinya mana-mana lelaki mampu untuk menonjol dengan badan tegap, sasa dan kelihatan lebih yakin di mata masyarakat.
Saya mula membina otot badan sejak tujuh tahun yang lepas. Ketika itu saya seorang yang kurus. Berat badan ketika itu hanya 65 kg. Entah bagaimana, terdetik di hati saya untuk membentuk tubuh. Saya banyak belajar dengan menonton video di YouTube sebagai manual iaitu Scooby Workout.
Kemudian, saya mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan produk makanan tambahan untuk mereka yang ingin menguruskan atau mencantikkan tubuh badan. Maka saya sendiri perlulah menjaga tubuh badan agar kelihatan sentiasa berstamina. Tubuh yang cergas bukan sahaja picu keyakinan, malah memudahkan urusan harian saya seperti membuat kerja rumah dan sebagainya”.
RUTIN DAN RAHSIA MANTAPKAN TUBUH
“Saya tidaklah punya rahsia tertentu. Rutin di gim akan saya lakukan sebanyak `lima kali seminggu. Jika aktiviti outdoor pula. berenang dan joging adalah pilihan saya. Tidak dilupakan, pengambilan supplement yang ternyata membantu menguatkan tubuh badan. Dari segi pemakanan pula, saya kurang amalkan pengambilan makanan goreng.
Bagi saya, pengambilan supplemen ternyata membantu bagi mendapatkan tubuh yang lean dan berotot. Terutama sekali bagi produk makanan tambahan yang berasaskan cecair seperti susu kerana mudah dicernakan oleh sistem tubuh.
Malah, supplemen juga turut membantu dalam aspek emosi seseorang. Berbeza dengan steroid, pengambilan supplemen yang diyakini mampu untuk beri kesan positif yang cepat dan harapan kepada mereka. Tanpa pengambilannya, seseorang akan mudah putus asa lalu melupakan hasrat untuk terus berusaha”, ujar Hafiz akhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment