Tuesday, November 8, 2011

TRIbute TO ~~Mohd Failee bin Mohd Ghazli



First name~Mohd Failee bin
Last name~Mohd Ghazli
Nationality~Malaysia
Date of birth~5 September 1987
Age~24
Country of birth~Malaysia
Position~Attacker
Mohd Failee Mohamad Ghazli (born on September 5, 1987) is a Malaysian footballer who plays as a striker for Perak FA, on loan from USM Staffs FC.
He joined Perak on loan in August 2011 for Perak's Malaysia Cup campaign. After scoring 4 goal in 6 matches at the competition's group stage, and 1 goal in 2 knock-out matches, Failee have been rewarded with a permanent move to Perak for the 2012 Malaysia Super League season.


penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli adalah antara pemain yang di- pinjam bagi memantapkan skuad Seladang.

  Mohd. Failee akan digandingkan dengan Mohd. Shafiq Jamal dalam usaha memperkemaskan jentera serangan dengan ketiadaan penjaring terbanyak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.








Failee, Rafiuddin sah milik Seladang musim depan

DUA pemain yang dipinjam, Mohd Failee Mohd Ghazali dan Muhammad Rafiuddin Mohd Roddin sah menjadi milik Perak untuk kempen bola sepak Liga M musim 2012.
Pengesahan mengenai pengambilan mereka itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pada sidang akhbar sempena kongres tahunan ke-53 persatuan itu di Ipoh, semalam.

“Kedua-dua pemain sudah tamat kontrak mereka pada 30 September lalu dan menyatakan kesediaan untuk menyarung jersi Perak bagi tahun 2012.

“Justeru Pafa sudah mengikat mereka agar dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan pada suku akhir Piala Malaysia nanti,”katanya. Failee yang berasal dari Selama, Perak kini menjadi `buah mulut’ peminat Seladang berikutan kejayaannya menyumbangkan empat gol dalam enam perlawanan.

Manakala Rafiuddin turut memberi sumbangan berkesan untuk membantu Perak muncul juara kumpulan A serta berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam kumpulan A itu.

Zainol yang berbangga dengan kejayaan Perak mara ke suku akhir trofi unggul itu, berharap pemain Perak akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pertemuan suku akhir menentang Selangor itu.


“Perlawanan ini cukup penting dan saya berharap pemain tidak leka dibuai mimpi.. Pencapaian lalu tidak boleh dijadikan sandaran kerana ini permainan baru.

“Kesilapan akan mebawa padah dan hanya ada satu peluang kerana jika kalah akan tersingklir terus,” katanya.



wira PERAK 2011


KESEBELASAN PEMAIN UTAMA PERAK 2011

 


No comments:

Post a Comment