Perjalanan yang panjang ini ditentukan oleh-NYA.. Kesepian ini adalah takdir dari-NYA.. " membawa diri jauh, demi membina jati diri yang direstui Ibu dan Ayah.. membawa keikhlasan dan tanggungjawab sebagai ketua adik2.. memberi keselesaan pada keluarga terutama ibu dan ayah.." meletakkan kepentingan diri jauh demi keluarga.. Diri ini adalah milik mereka, setiap nafas ini adalah untuk mereka.. demi mereka.. mak abah..!! Doa mereka mengiringi setiap langkah aku..
Monday, August 20, 2012
Tip Damaikan Ayah & Ibu
Mampu atau tidak untuk kamu meneruskan hidup? Nak tak nak kamu terpaksa juga menggagahkan diri berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Amukkan jiwa orang dewasa member kesan kepada kamu dan adik beradik yang lain. Bagaimana untuk kamu mengatasinya? Adakah sinar bahagia itu bakal menerangi dan menyinari kehidupan kamu sekeluarga? Ayuh, atasinya dengan mempraktikkan tip-tip ini.
1. Berhadapan Dengan Masalah
Mungkin sukar untuk kamu berhadapan dengan kenyataan ini memandangkan usia kamu masih hijau dan mentah, langsung menyukarkan kamu untuk menyelesaikan masalah orang dewasa. Namun kamu juga boleh menjadi pelentur kepada persengketaan antara ibu dan bapa. Jangan berfi kiran negatif dan menganggap bahawa kamu tidak layak untuk masuk campur dalam urusan ibu dan bapa. Kalau ia untuk kebaikan kamu sekeluarga, ada baiknya kamu berhadapan dengan mereka dan menyelesaikan masalah yang membelenggu ibu dan bapa kamu.
2. Luahan Perasaan
Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ibu dan bapa kamu ialah dengan melakukan sesi luahan hati. Bagaimanakah caranya? Mungkin kamu boleh duduk bersama ibu dan bapa lalu bertanya kepada mereka apakah punca berlakunya persengketaan ini. Minta mereka membuat luahan secara langsung dan dari situ barulah ibu dan bapa kamu tahu kenapa masing-masing saling tidak berpuas hati. Kalau tidak, sampai ke sudah pun masalah ini tidak akan selesai malah kamu adik beradik pula yang tertekan dan terpaksa menjeruk perasaan.
3. Berbincang
Mungkin kamu sedikit bingung untuk mencari jalan dan menyelesaikan masalah yang membelenggu kehidupan kamu sekeluarga. Kamu kena ingat, kamu tidak boleh melakukannya sendirian sebaliknya kamu perlu berpakat dengan adik beradik yang lain untuk mengatasi masalah ini. Kamu perlu berbincang, bagaimana caranya untuk memulihkan hubungan ibu bapa kamu kepada sedia kala. Mungkin kamu dan adik beradik yang lain nadi kepada mereka untuk mempertahankan keutuhan tersebut daripada berkecai. Jadi, cepat bertindak!
4. Kenangan
Usahlah rasa kecewa dan bersedih hati saat keluarga kamu ditimpa masalah. Anggaplah ini sebagai dugaan hidup yang terpaksa kamu sekeluarga tempuhi. Saat kamu melihat ibu dan bapa bergaduh, cepat-cepatlah kamu halang dan kembalikan memori lalu misalnya tentang kisah percintaan ibu dan bapa, atau percutian yang pernah kamu sekeluarga ikuti selain saat-saat manis kamu sekeluarga yang terlalu sukar untuk dilupakan. Cara ini sebenarnya mampu mengembalikan rasa cinta antara mereka. Kamu jangan mudah berputus asa ye!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment