Monday, August 27, 2012

Apex cedera kemalangan, mungkin terlepas saingan Piala Malaysia malam ini


KOTA BHARU – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengalami cedera ringan selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kampung Badak, Bachok, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira  jam 11 malam itu, Khairul Fahmi atau Apex dalam perjalanan pulang selepas beraya di rumah saudaranya di Bachok sebelum sebuah kenderaan lain ketika keluar dari simpang jalan.

Beliau yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain itu bagaimanapun hanya cedera ringan di tangan kanan. 

“Saya masih terkejut dan tidak menyangka perkara ini boleh berlaku. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan tidak terbabit dengan kecederaan serius,” katanya.

No comments:

Post a Comment