Friday, August 31, 2012

KELEBIHAN SURAH-SURAH AL-QURAN


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

LAIN-LAIN KELEBIHAN SURAH
SURAH AL-FATIHAH
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-Fatihah)". (H.R. Baihaqi)
SURAH AL-BAQARAH
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu keana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah." (H.R. Al-Hakim)
SURAH AL-KAHFI
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat." (H.R. al-Baihaqi)
SURAH YASIIN
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hariakan dipenuhi hajat pada hari itu." (H.R. Al-Darimi)
SURAH AL-DUKHAN
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi." (H.R. al-Tirmidzi)
SURAH AL-MULK
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)." (H.R, al-Nasai')
SURAH AL-KAFIRUN
Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik." (H.R. al-Tirmidzi)
SURAH AL-IKHLASH 
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash) seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran." (H.R. al-Tirmidzi)

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


No comments:

Post a Comment