Wednesday, August 15, 2012

Soulmate Jantung Hatiku!

soulmate hatiku


Sungguh aku cinta kamu! Tidak betah berkata-kata saat mata kamu bertentangan dengan si dia. Hanya si dia penenang jiwa nan lara. Apakah benar aku insan yang si dia cari selama ini? Ayuh mulakan pencarian kamu dan lihat penentuannya dengan kuiz ini.

1. Pernah atau tidak si dia mempunyai minat yang sama dengan kamu secara kebetulan?
       a. Pernah
       b. Tidak pernah

2. Pernah atau tidak si dia cuba memahami minat kamu walaupun tidak rela?
      a. Tidak pernah
      b. Pernah

3. Pernah atau tidak kamu berkongsi minat dalam sesuatu perkara dan sering bertukar pandangan?
       a. Tidak pernah
       b. Pernah

4. Pernah atau tidak kamu melihat ketidakselesaan si dia ketika menjalankan aktiviti bersama kamu?
       a. Pernah
       b. Tidak pernah

5. Pernah atau tidak kamu berhadapan dengan pelbagai masalah ketika bersama si dia?
       a. Pernah
       b. Tidak pernah

6. Pernah atau tidak kamu rasa terkejut dengan caranya yang bijak membaca perasaan kamu?
       a. Tidak pernah
       b. Pernah

7. Pernah atau tidak si dia menyatakan hasratnya untuk menjadikan kamu teman sehidup sematinya?
       a. Pernah
       b. Tidak pernah

8. Pernah atau tidak si dia selalu membuatkan kamu berasa selesa dengannya dan terlalu menjaga kamu?
       a. Pernah
       b. Tidak pernah

9. Pernah atau tidak si dia seperti tidak menyenangi minat kamu malah langsung tidak menyokong kamu?
       a. Tidak pernah
       b. Pernah

10. Pernah atau tidak si dia mencari kesalahan kamu tanpa ada sebab yang relevan?
       a. Pernah
       b. Tidak pernah

Jawapan A lebih banyak: Si dia soulmate yang kamu cari!

Wah, tahniah buat kamu, akhirnya bertemu jua kamu dengan soulmate penenang jiwa nan lara. Bukan senang untuk kamu berjumpa dengan pasangan sehati sejiwa ini. Alang-alang dah jumpa, jangan pula kamu lepaskan peluang keemasan ini. Baik kamu jaga dan pelihara hubungan kamu daripada sebarang masalah. Kamu perlu tahu lelaki zaman sekarang susah nak dapat, kalau dapat pun belum tentu jiwanya dengan kamu boleh bersatu. Pasti akan wujud ketidaksefahaman antara kalian. Memandangkan teman lelaki kamu ini mempunyai ciri-ciri yang kamu inginkan, pasti saat-saat bahagia itu terakam indah dalam diari hidup kamu. Bertuahnya kamu!

Jawapan B lebih banyak: Bukan pilihan tepat buat kamu!
Janganlah kamu bersedih hati! Kamu kena ingat kumbang bukanlah seekor. Walaupun kamu sering dikecewakan oleh arjuna hati, tidak selamanya kamu akan berada di dalam situasi ini. Meskipun pelbagai cara telah kamu lakukan untuk menambat hati kekasih, pasti ia tidak memberikan hasil yang memberangsangkan. Kamu perlu tahu, sampai satu masa nanti pasti akan ada arjuna hati yang sehati dan sejiwa dengan kamu. Saat itu kamu akan tersenyum bangga dan bahagia kerana berjaya memiliki si dia sebagai teman lelaki. Jadi janganlah kamu bimbang ye!

No comments:

Post a Comment