Sunday, August 26, 2012

Apa itu MUNAFIQ atau MUNAFIK ?




Munāfiq atau Munafik (kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.

Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan. Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.
(Al Munafiquun:1-3)

Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan MuslimNabi Muhammad s.a.w mengatakan :
"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
  • Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
  • Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
  • Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".
Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam.
1.       Dusta
  Khianat
   Fujur dalam pertikaian
         Ingkar janji
       Malas beribadah
  Riya'
  Sedikit berzikir
        Mempercepat solat
       Mencela orang-orang yang taat dan soleh
 Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
        Bersumpah palsu
    Enggan berinfak
   Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
   Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
   Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
         Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
              Sering meninggalkan solat berjamaah
   Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
   'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
   Takut terhadap kejadian apa saja
   Beruzur dengan dalih dusta
   Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
   Bakhil dalam masalah kebajikan
   Lupa kepada Allah s.w.t.
   Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
   Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
   Sombong dalam berbicara
   Tidak memahami masalah-masalah agama
   Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
   Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang



No comments:

Post a Comment