Bab 1 : Pengenalan
1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya
sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang
sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat
Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat
Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).
Bab 2: Khauf
1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa
gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan
kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala
laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada
Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada
sesuatu yang lain".
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah
s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui
akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara
yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala
perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada
Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan
menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah
s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya
dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Bab 3 : Sifat Redha
1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah
kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan
apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun
qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
- Redha
menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
- Redha
menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan
manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada
Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati
dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan
dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t.
dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan
inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik
yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan
redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi
dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu
bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci
dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan
sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat
pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan
yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu
adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala
nifaq.
Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib
yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (
malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama
memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka
memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam
keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi
kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan ,
Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t.
dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah
s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan
bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa
sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi
Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana
atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa
ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan
dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
Bab 4 : Ikhlas
1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh
di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan
yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan
daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.
4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain
dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran
dan lain-lain lagi.
5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah
diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau
sebagainya.
Bab 5 : Taubat
1. Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan
beberapa syarat yang tertentu.
2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 )
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 )
3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :
- Meninggalkan
maksiat atau perkara dosa tersebut.
- Menyesal
atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
- Bercita-cita
tidak akan mengulanginya lagi.
- Mengembalikan
hak-hak makhluk yang dizalimi.
- Mengerjakan
perkara-perkara fardhu yang telah luput.
4. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada
tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada
dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.
5. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara
diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan
perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
6. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
- Menghidupkan
jiwa yang resah kerana dosa.
- Mendekatkan
diri kepada Allah S.W.T .
- Meningkatkan
ketaqwaan diri.
- Membenteras
tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat. - Memperolehi
kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia
dan akhirat.
Bab 6 : Zuhud
1. Ertinya meninggalkan
dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.
2. Zuhud yang sempurna
ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.
3. Dunia ialah tiap-tiap
perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam
( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi
selama-lamanya.
4. Setiap manusia
berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia
berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.
5. Oleh yang demikian,
sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia
untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ).
( zuhud orang awam ).
Tasawwuf > Bab 7 : Sabar
- Iaitu
menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
- Sifat
sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri
daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika
berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
- Sifat
sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar
menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia
taat dan menjunjung segala perintah agama.
- Orang
yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke
atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah
juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala
perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Tasawwuf > Bab 8 : Syukur
- Iaitu
mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala
nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.
- Tiap-tiap
nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada makhlukNya adalah
dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan,
kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima
kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah
subhanahu wata‘ala.
- Setiap
nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih
adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan
nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan
sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai
Tuhan yang memberi nikmat.
Tasawwuf > Bab 9 :
Tawakkal
- Iaitu
menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku
serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang
mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.
- Berserah
kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar
dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti
dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau
berjimat cermat dan sebagainya.
Tasawwuf > Bab 10 :
Mahabbah
- Iaitu
kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya pada setiap masa
dan keadaan.
- Kasihkan
Allah ialah dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan
diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh
menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.
Tasawwuf
> Bab 11 : Zikrulmawt
- Iaitu sentiasa mengingati mati
dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.
- Oleh kerana seseorang itu akan
mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan
hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara
yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu
tidak akan kembali lagi.
Tasawwuf
> Bab 12 : Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
- Iaitu terlampau banyak makan
atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
- Makan dan minum yang
berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta
membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada
menunaikan ibadah dan zikrullah.
- Makan dan minum yang
berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali
daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
- Iaitu banyak berkata-kata atau
banyak bercakap.
- Banyak berkata-kata itu boleh
membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak
dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
3. Ghadhab (pemarah)
- Ia bererti sifat pemarah, iaitu
marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
- Sifat pemarah adalah senjata
bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak
mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
- Sifat pemarah yang dicela ialah
marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.
4. Hasad (dengki)
- Iaitu menginginkan nikmat yang
diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
- Seseorang yang bersifat dengki
tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat
orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang
baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah
subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
- Orang yang berperangai seperti
itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain
yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana
dan kerosakan.
5. Bakhil (kedekut)
- Iaitu menahan haknya daripada
dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
- Nikmat yang dikurniakan oleh
Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk
membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat
dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan
dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
- Lebih-lebih lagi dalam
perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji
dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut
adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
- Iaitu kasihkan kemegahan,
kebesaran dan pangkat.
- Perasaan inginkan kemegahan dan
pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana
Allah.
- Akibat daripada sifat tersebut
boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan
seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan
kebesaran.
7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
- Ia bermaksud kasihkan dunia,
iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak
membawa sebarang kebajikan di akhirat.
- Banyak perkara yang diingini
oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara
perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh
agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
- Oleh yang demikian, kasihkan
dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa
kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
- Namun begitu, menjadikan dunia
sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.
8. Takabbur (sombong)
- Iaitu membesarkan diri atau
berkelakuan sombong dan bongkak.
- Orang yang takabbur itu
memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang
lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
- Sifat takabbur ini tiada sebarang
faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan
kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk
kepada kebenaran.
9. ‘Ujub (bangga diri)
- Iaitu merasai atau menyangkakan
dirinya lebih sempurna.
- Orang yang bersifat ‘ujub
adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah
seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya
atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya
melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
- Dengan itu, maka timbullah
perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa
tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
- Iaitu memperlihatkan dan
menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
- Setiap amalan yang dilakukan
dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang
dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
- Orang yang riya’ adalah sia-sia
segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan
pujian daripada manusia.
No comments:
Post a Comment