Monday, August 20, 2012

Pertarungan Zoey dan Peminat

zoey
zoey
Tidak ramai di antara kita yang mempunyai peluang untuk berjuang demi menuntut kemerdekaan negara. Namun, semua itu bukan alasan untuk kita tidak menghargai tanah air kita sendiri. Bersama para peminat, Zoey bawakan mereka bermain paintball sebagai simbolik medan peperangan pada zaman dahulu. Sewaktu bermain, mereka akui merasa seperti sedang berjuang untuk merebut kemerdekaan negara. Ayuh ikuti perbualan mereka.

REMAJA: Apakah perkembangan terbaru Zoey?
ZOEY: Zoey sekarang sedang sibuk mengacarakan sebuah game show untuk TVIQ berjudul “Rekativiti”. Dalam program anjuran Faber Castle itu, Zoey digandingkan bersama Elfira Loy. Zoey juga bakal muncul dalam filem kemerdekaan pertamanya berjudul “Tanda Putera” arahan Suhaimi Baba.

REMAJA: Ceritakan sedikit pengalaman Zoey berlakon dalam filem genre sebegitu?
ZOEY: “Tanda Putera” mengisahkan tentang demokrasi dan zaman Tun Razak. Ketika penggambaran, barulah Zoey betul-betul merasakan bagaimana keadaan ketika ia terjadi. Walaupun hanya lakonan tetapi semangat itu meresap dalam diri Zoey. Ketika itu, Zoey belajar betapa pentingnya untuk kita semua bersatu.

REMAJA: Apakah pandangan Zoey tentang perubahan selepas wujudnya gagasan 1Malaysia?
ZOEY: Bagi Zoey, banyak perbezaan sebelum wujudnya gagasan 1Malaysia tetapi kesemua perbezaan itu adalah menuju ke arah kebaikan. Jika dulu bangsa yang lain tidak bercampur, namun sekarang rakyat Malaysia lebih muhibah. Bagi Zoey, 1Malaysia wajar diteruskan sampai bila-bila.

REMAJA: Apakah erti kemerdekaan buat Zoey?
ZOEY: Kalau bercakap tentang kemerdekaan, orang akan fikir negara yang bebas daripada penjajah. Bagi Zoey bukan hanya negara tapi diri kita sendiri yang bebas daripada gejala-gejala yang tidak sihat seperti dadah, arak dan sebagainya.

REMAJA: Apakah aktiviti paling lasak yang Zoey pernah lakukan?
ZOEY: Zoey pernah ke Bukit Tabur di Taman Melawati. Kalau nak naik ke bukit tu, sangat memerlukan stamina yang tinggi. Untuk sampai ke puncak memerlukan masa tiga jam. Kalau bukan ke situ, Zoey biasanya bermain ATV dan masuk ke hutan.

No comments:

Post a Comment