Cara Terbaik Puji Pasangan
1. Puji Ketika Pasangan Berpenampilan Menarik
Ada juga suami yang tidak pernah memuji si isteri sejak dari awal perkahwinan sehingga sekarang kerana mungkin sikap mereka yang tidak gemar memuji secara terang-terangan. Jika si isteri berpakaian tidak cantik di matanya, dia akan buka mulut untuk memberi teguran. Tetapi jika wanita berpakaian cantik, dia akan berdiam diri. Sekali sekala pujilah untuk mengambil hati. Si isteri tampil menarik itu juga untuk diri anda.
2. Perlu Ikhlas Dan Tepat
Ada lelaki memuji wanita dengan tujuan untuk menduga hati wanita yang memang suka dipuji. Seeloknya pujian jangan ‘ada udang di sebalik batu’. Pujian harus tepat agar tidak menjadi kemarahan kepada orang yang dipuji. Misalnya jangan salah puji seperti bandingan muka isteri dengan muka orang tua yang ditemui di luar rumah. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis kepada dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.

3. Jangan Memuji Dengan Nada Mengejek
Pujian tidak semestinya membuat orang yang dipuji berasa seronok. Perbuatan memuji yang berlebihan memang membuatkan orang akan berasa marah dan tercabar. Biasanya orang yang memuji mengharapkan penerima pujian tersenyum dan kemudian membalas kembali pujian tersebut. Jika pujian itu tidak dilayan, pujian itu akan menjadi ejekan seperti, “ Alah, bukan cantik sangat pun! Oii Cik adik, kalau cantik tidak pandai masak, susah juga apabila berkahwin nanti!”.

4. Elakkan Memuji Ketika Pasangan Sedang Marah
Tabiat memuji memang menjadi trademark seseorang untuk memujuk. Tetapi jika anda memuji orang yang sedang marah, perasaannya sukar dikawal dan emosi lebih mudah terganggu. Bayangkan jika silap memuji, anda pula bakal dimarahi. Jika hendak memujuk pun,biarlah kemarahannya reda dahulu barulah boleh memuji.

5. Seelok-eloknya Puji Ketika Bersama Berpasangan
Biasanya pasangan tidak akan saling memuji ketika berada di kalangan rakan-rakannya kerana mereka ada cara tersendiri untuk memuji, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah. Itulah sebabnya jika ada teman-teman di kalangan mereka yang memuji isteri atau suami mereka, dia hanya akan tersenyum sahaja. Malah mereka akan menafikannya. Tetapi percayalah jauh di sudut hatinya, dia memuji lebih daripada segala-galanya.

Perkara Perlu Dielakkan
• Jangan memuji dengan cara menyindir, contohnya “ Awak ni cantik sangat tetapi sayangnya awak gemuk”.
• Bagi lelaki, jangan mudah cemburu jika si isteri memandang lelaki lain ketika bersama anda. Sebenarnya dalam hati dia memuji ketampanan seseorang itu tetapi tidak bermaksud ingin mendekati atau mengenali lelaki itu.
• Memuji harus ada batasnya. Jangan terlalu memuji sehingga menimbulkan sifat riak walaupun ada mengatakan prinsip 9 kali memuji, 1 kali kritik.
• Wanita memang suka pujian. Jangan pula memuji untuk mengambil kesempatan.
• Lelaki yang memuji wanita memang ramai tetapi jika lelaki memuji lelaki dianggap pelik. Malah ada lelaki yang suka memuji yang dituduh suka kaum sejenis.

No comments:
Post a Comment