Saturday, August 11, 2012

Adab Memberi Salam dan Menjawab Salam




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Idea untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini berkenaan dengan adab-adab memberi salam dan menjawab salam apabila seorang rakan bertanyakan kepada penulis apakah jawapan salam yang betul kita ucapkan sebagai balasan doa selamat sejahtera yang kita terima daripada orang yang telah memberi salam kepada kita. Soalan yang diajukan kedengaran begitu polos dan jujur.

Untuk pengetahuan pembaca yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian, ucapan salam adalah merupakan ungkapan yang pertama diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam a.s kepada para malaikat. Kisah ini boleh kita petik dari Riwayat Bukari  [HR. Bukhari no: 3326. Muslim no:2841]. 
 
إِنَّ اللهَ لَمَّا خَلَقَ آدَمَ قَالَ اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلىَ أُلئِكَ اْلمَلاَئِكَةِ فَاسْتَمِعْ مَايُجِيْبُوْنَكَ تَحِيَتُكَ وَتَحِيَّة ذُرِّيَتِكَ , فَقَالَ َالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ, فَقَالُوْا: اَلسَّلاَمُ عَلََيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ َوبَرَكَاتُهُ
Maksudnya: Sesungguhnya ketika Allah menciptakan Adam, Dia berfirman kepada Adam : "Pergilah dan ucapkan salam kepada para malaikat ini dan dengarkan dengan apakah mereka menjawabmu, sebagai ucapan penghormatan bagimu dan bagi keturunanmu" Lalu Adam berkata:   " َالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ , lalu mereka (para malaikat) menegaskan اَلسَّلاَمُ عَلََيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ َوبَرَكَاتُهُ…"

Dan masa awal kedatangan Nabi Muhamaad s.a.w di Madinah, baginda memerintahkan para sahabat untuk menyebarkan salam                

Di dalam memberikan penghormatan kepada saudara seakidah dengan kita, orang yang memberi salam adalah lebih sunat dan menjawabnya adalah wajib. Dan jika seseorang memberi salam kepada kolompok jemaah, jika ianya dijawab secara berjemaah, maka perbuatan itu adalah lebih mulia. Jika terdapat seorang dikalangan kelompok itu tidak menjawab salam, maka dia terlepas dari beban tersebut. [Sila rujuk Al-Nawawi syarah shahih Muslim 2160.]

Ucapan salam yang paling baik adalah  اَلسَّلاَمُ عَلََيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ َوبَرَكَاتُهُ . Dalil ini adalah berdasarkan kepada riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w dalam sebuah majlis lalu mengucapkan salam: لسَّلاَمُ عَلََيْكُمْ ,  baginda menjawab "10 kebaikan". Lalu datang seorang lelaki lain seraya mengucapkan salam اَلسَّلاَمُ عَلََيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ َlalu baginda menjawab "10 kebaikan". Maka datang pula lelaki yang ketiga lalu memberikan salam  اَلسَّلاَمُ عَلََيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ َوبَرَكَاتُهُ , lalu Rasulullah s.a.w mengatakan kepadanya "Baginya tiga puluh kebaikain". [HR. Bukhari dalam kitab Al-Adabul Mufrod no: 986, Albani mengatakan: Shahih.]                                                                               

Bahkan di dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w di datangi oleh sahabat yang bertanya "Islam apakah yang baik?", lalu baginda s.a.w menjawab "Engkau memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenal. [HR. Bukhari no:12 dan Muslim no: 39]

Bagaimanapun di dalam bab menjawab salam, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Aisyah, ini Jibril mengucapkan salam kepadamu. Lalu Aisyah r.a menjawab "وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ  dan ditambah di dalam Riwayat Bukhari  "وَبَرَكَاتُهُ". [Rujuk  Al-Adabus Syar'iyah 1/401]                       

Berkaitan dengan memberi dan menjawab salam ini diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: 
مَا حَسَدَتْكُمُ اْليَهُوْدُ عَلىَ شَئٍ مَا حَسَدَتْكُمْ عَلىَ السَّلاَمِ وَالتَّأْمِيْنِ
Maksudnya: Orang-orang Yahudi tidak dengki kepadamu kerana sesuatu iaitu mereka dengki kerana salam dan ucapan Amin (setelah membaca Al-Fatihah) [HR Ibnu Hibban no. 856 disahihkan oleh Albani]

Lagi satu perbuatan susulan yang mengikut sunnah ketika kita memberi salam dan menjawab salam ialah berjabat tangan. Dijelaskan di dalam hadith sahih dari Anas r.a, dia berkata, pada ketika Penduduk Yaman mendatangi Nabi s.a.w, Rasulullah s.a.w bersabda, "Telah datang penduduk Yaman, dan mereka adalah orang yang pertama datang dengan berjabat tangan. [HR Abu Dawud No. 5212].

Di dalam hadith yang lain, Riwayat Abu Dawud r.a. dan lain-lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا

Maksudnya: Tidaklah dua orang Muslim saling berjabat tangan keculi dosa-dosa mereka akan diampunkaa sebelum mereka berpisah. [HR Abu Dawud No. 5212 dan Albani mengatakan bahawa hadith ini Sahih].

Kepada sahabat yang bertanya, dengan ilmu yang hanya sedikit ini diharap dapat mendatangkan manafaat bersama. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment