Wednesday, August 15, 2012

3 Sebab Kamu Gagal Bercinta

6 sebab kamu gagal bercinta

1.   Pentingkan Diri
Mungkin kamu tidak sedar bahawa si dia sering memerhatikan gerak geri dan perbuatan kamu setiap hari. Secara tidak langsung, si dia tahu serba sedikit tentang diri kamu yang si dia kurang gemari. kamu mungkin tidak perasan bahawa kamu sangat mementingkan diri. Setiap kali berlakunya perbalahan antara kalian pasti kamu akan mempertahankannya walaupun kesalahan itu sememangnya di bahu kamu. Jadi patutkah si dia dipersalahkan? kalau kamu menjadi si dia, tentu kamu berfi kiran sama bukan?

2.   Kuat Membebel
Pot pet pot pet, jenuh juga si dia nak menahan bebelan kamu setiap hari yang terlalu menyakitkan telinganya. Bagi kamu itu mungkin perkara biasa, namun tidak bagi si dia. Kamu kena ingat lelaki paling pantang bila ada orang yang membebel di telinganya. Biasalah mana ada manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kam sepatutnya prihatin dan bukan berleter macam mak nenek. Lama-kelamaan si dia pasti rasa bosan dan mula mencari pasangan yang lain. Jika tidak mahu berputih mata, cepat-cepatlah berubah.

3. Kurang Perhatian
Lelaki merupakan individu yang sangat manja dan suka diberikan perhatian. Baginya cara itu menandakan yang kamu sangat mengambil berat dan menyayangi dirinya sepenuh hati. Namun bila kamu kurang memberikan perhatian dan memanjakan dirinya, si dia akan mula berjauh hati. Beri perhatian terutamanya apabila si dia melayani kamu biasa-biasa sahaja atau sering menolak permintaan kamu. Itu tandanya dia ingin cuba menjauhkan dirinya daripada kamu. Jadi, awas!



Korang nak tahu 3 lagi SEBAB KAMU GAGAL BERCINTA? Semuanya ada di dalam Majalah REMAJA Isu 1 OGOS 2012

No comments:

Post a Comment