Fasiq/Fasik (Bahasa Arab: فاسق)
berasal dari akar kata fasaqa-yafsiqu/yafsuqu-fisqan-fusûqan.
Secara etimologis (bahasa), dalam ungkapan Arab, fasiq
maknanya adalah keluar dari sesuatu atau keluar/menyimpang dari perintah.
Secara terminologis (istilah), orang fasiq adalah orang yang
menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Ia juga bermaksud melakukan
maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar.
Menyimpang dari agama
Fasiq juga bererti menyimpang dari agama dan cenderung pada
kemaksiatan; sebagaimana iblis melanggar (fasaqa) perintah Allah, yakni
menyimpang dari ketaatan kepada-Nya. Atau orang yang mengaku beragama Islam
akan tetapi senantiasa berbuat dosa/kemaksiatan.
Allah SWT berfirman:
“ “Sujudlah
kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari
golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.” (TMQ al-Kahfi :50) ”
Dalam ayat di atas, frasa berbuat fasiq terhadap perintah
Tuhannya ertinya keluar dari ketaatan kepada-Nya.
Fasiq juga bererti keluar dari kebenaran. Kerana itu, fasiq
kadang-kadang bererti syirik dan kadang-kadang bererti berbuat dosa. Seseorang
dikatakan fasiq jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasiq juga bererti
keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Kerana itu, seseorang
yang gemar berbuat bermaksiat disebut orang fasiq.
Ciri-ciri Orang yang Fasiq
Tidak berhukum dengan hukum Allah
“ “Dan
barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (TMQ al-Maidah: 47) ”
Mempersoalkan perbandingan Allah
“ “Sesungguhnya
Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke
suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau
orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu
benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan
berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya):
Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan
menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan
menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang
fasiq”. (TMQ al-Baqarah :26) ”
Larangan Mempercayai Orang yang Fasiq
Allah tidak akan memberi petunjuk hidayah
”
Azab Neraka Balasan Orang yang Fasiq
No comments:
Post a Comment