Wednesday, August 15, 2012

Bagaimana Bila Si Dia Lebih 'Miskin'?

jika dia lebih miskin


Memandangkan perbezaan gaji kalian berdua begitu ketara langsung menyebabkan si dia berasa tergugat. Adakah kamu yang bersalah? Sedangkan itu bukan kehendak kamu. Seharusnya si dia lebih terbuka dan menganggap itu sebagai rezeki kurniaan Allah kepada kamu. Malah kamu tidak akan sesekali menyusahkan si dia bukan? Mungkin si dia takut sekiranya kamu memandang rendah terhadap dirinya walhal kamu bukan individu seperti itu. Oleh itu, jom ubah cara pemikirannya agar lebih positif!

1. Jelaskan Kedudukan
Jangan mudah melenting jika si dia mula membangkitkan soal kerjaya dan sering menyalahkan kamu kerana kurang meluangkan masa dengan dirinya. Walhal setiap masa pasti ada pesanan ringkas yang kamu titipkan untuk si dia malah panggilan telefon juga tidak ketinggalan. Namun si dia tetap mencari salah dan silap kamu. Seharusnya kamu jangan cepat melatah sebaliknya kamu cuba tanya kenapa si dia berkelakuan seperti itu. Jika tindakannya itu disebabkan oleh perbezaan gaji kalian, kamu kena fahamkan si dia dan jelaskan dengan sebaik-baiknya.

2. Tidak Memandang RendahWalaupun perbezaan gaji kamu dan si dia agak ketara, jangan sesekali kamu menunjukkan kuasa dan bertindak dengan merendah-rendahkan dirinya. Kamu perlu tahu, lelaki mempunyai egonya yang tersendiri. Si dia akan berasa malu dan kecewa sekiranya kamu cuba memperkotak-katikkan diri serta gaji yang diterimanya. Meskipun kelulusan kamu melebihi dirinya, kamu kena yakinkan si dia bahawa kamu tidak kisah dan menerima segala kekurangan itu dengan hati terbuka.

3. KelulusanMemandangkan kamu berkelulusan Sarjana ataupun Ijazah, jadi secara tidak langsung gaji yang diterima juga berdasarkan kepada kelulusan kamu itu. Si dia pula tidak boleh menidakkan hak itu. Bukan kamu yang menentukan tangga gaji tersebut sebaliknya syarikat tempat kamu bekerja itu yang menawarkan gaji lumayan kepada kamu. Nak tak nak, kamu tentu akan menerimanya, takkan kamu nak melepaskan peluang yang dah sedia terbentang di hadapan kamu. Si dia perlu tahu kenapa gaji kamu lebih tinggi dan bezanya dua kali ganda daripada gaji si dia. oleh itu, si dia kenalah faham.

4. BerdikariSedikit sebanyak perasaan cemburu dan tidak puas hati itu tetap ada. Maklumlah awek bergaji besar manakala si dia pula gajinya hanya cukup-cukup makan saja. Secara langsung perasaan malu itu datang dan menebal dalam diri. Dia akan merasakan bahawa kalian tidak sepadan malah jauh bezanya. Sedangkan kamu tidak beranggapan seperti itu. Bagi kamu, gaji yang diperoleh itu membolehkan kamu menyimpan dan membantu diri sendiri untuk meneruskan hidup tanpa meminta bantuan daripada ibu bapa kamu. Jadi si dia perlu lebih positif.

5. Bagi SemangatSebagai kekasih kamu perlu tahu untuk mengambil hati dan memberi sokongan. Meskipun si dia berasa rendah diri dengan kamu, seharusnya kamu cuba memujuk dan memberi si dia semangat untuk terus berjuang dan menerima setiap ketentuan itu dengan hati yang terbuka. Setiap orang telah ditetapkan rezekinya di dalam apa jua bentuk, berapa nilainya dan paling penting apa yang dikerjakannya. Dari situ kamu sudah boleh memotivasikan si dia untuk lebih yakin dan bangga!

No comments:

Post a Comment