Monday, August 20, 2012

8 Mitos Pemilihan Kerjaya

hu

Memburu kerjaya, ramai yang menjadi terlalu 'memilih' kononnya mahu mendapatkan yang terbaik. Harus diingat bahawa peluang pekerjaan ketika ini amatlah terhad. Jadi buat kamu yang masih tercari-cari profesyen yang sesuai, jangan mudah terpedaya dan mudah mengikut kata-kata orang. Ayuh intai apa agaknya mitos-mitos yang mungkin menjadi penghalang buat kamu dalam membina kerjaya.

1) Bagi saya memilih kerja itu semudah A, B, C!
Sebenarnya, pemilihan kerjaya merupakan suatu proses dan kamu perlu memperuntukkan masa untuknya. Perancangan terhadap kerjaya memerlukan beberapa langkah yang patut dipertimbangkan dan penilaian mengikut kemampuan sebelum sebarang keputusan dibuat. Ia tidaklah semudah yang disangka.

2) Orang lain lebih tahu apa pekerjaan saya
Walaupun mereka seorang kaunselor kerjaya, pembangunan kerjaya atau seorang yang profesional terhadap kerjaya sekali pun, pasti mereka tidak mampu untuk memberitahu kerjaya yang sesuai dengan kamu. Apa yang mereka mampu hanyalah membantu memudahkan kamu dalam membuat keputusan. pemilihan kerjaya yang sesuai seharusnya dilakukan oleh kamu sendiri.

3) Hobi tidak boleh dibawa ke mana-mana
Hasil kajian menunjukkan seseorang yang menjadikan hobi sebagai kerjaya akan beroleh lebih kepuasan terhadap apa yang mereka lakukan.Malah janaan pendapatan juga akan menjadi lebih.Oleh itu sekiranya kamu gila pada fesyen misalnya, cuba ambil risiko dengan membuka butik online milik sendiri. Dan tengoklah sendiri hasilnya!

4)Saya harus memilih pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi
Zaman sudah semakin canggih dan ia cukup mudah untuk kamu mendapatkan senarai kerjaya yang menjadi buruan ketika ini. Namun, cukuplah sekiranya senarai tersebut dijadikan sebagai rujukan sahaja. Apa yang penting, pemilihan kerjaya yang kamu lakukan mestilah berdasarkan minat, kemahiran dan kemampuan diri kamu sendiri.

5) Lebih banyak wang, lebih gembira saya bekerja
Itu memang tidak boleh dinafi kan. Tetapi kamu harus percaya, banyak mana kamu dibayar,banyak itu jugalah kudrat dan masa yang kamu harus kerahkan. Apa guna banyak duit seandainya kamu tidak punya masa dengan aktiviti kehidupan yang lain. Percayalah, ini semua soal rezeki. Paling utama, kamu gembira dan insan di sekeliling turut gembira dengan kerjaya yang kamu pilih.

6)Sekali diterima bekerja,selama-lamanya saya di situ
Ini tidak semestinya. Kamu adalah orang yang paling berhak untuk membuat keputusan terhadap pekerjaan pilihan kamu.Adat kehidupan, kadang-kadang kita perlu berhijrah untuk menjadi insan yang lebih berjaya!

7) Kemahiran lalu tidak diperlukan lagi apabila bertukar kerja baru
Kemahiran ialah suatu perkara yang bernilai untuk seseorang. Walaupun kamu sudah bertukar kerja yang jauh berbeza daripada bidang pekerjaan lalu, kemahiran yang kamu miliki tidak perlu disia-siakan.Praktikkan kemahiran yang ada dengan cara yang berlainan mengikut kesesuaian pekerjaan baru kamu.

8) Apabila orang lain seronok dengan kerja itu, saya pun patut seronok juga
Setiap manusia mempunyai cita rasa tersendiri. pemilihan kerjaya haruslah berdasarkan diri kamu dan bukannya orang lain. Begitu juga sekiranya ramai yang menolak untuk melakukan sesuatu kerja hanya kerana mendengar pendapat orang lain, kamu jangan hanya mengikut sahaja. Mungkin pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan mereka tetapi itu adalah yang terbaik untuk kamu. Jadi jangan mud
ah terpengaruh ya!

No comments:

Post a Comment