Thursday, August 16, 2012

apa itu UNICEF


Apa itu UNICEF ??

Objektif UNICEF ??

VISI & MISI UNICEF ??

Siapa Kami ??

VOLUNTEER Of UNICEF

UNICEF Fokus 3 Perkara Penting.
  • KEHIDUPAN
  • PENDIDIKAN
  • HIV & AIDS

Hampir 26,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun akibat dari pelbagai penyakit antaranya, MALARIA,POLIO DAN CIRIT-BIRIT. Ini bermakna 4 saat seorang kanak-kanak mati di seluruh dunia”

Segi KEHIDUPAN, UNICEF Membantu dengan menyediakan dan membekal NUTRISI, SUPPLEMEN dan AIR BERSIH supaya kanak-kanak mendapat kesihatan yang baik”
Dari segi PENDIDIKAN, UNICEF membantu dengan menyediakan 300 guru tadika yang terlatih ditempatkan kawasan yang pendalaman untuk memgajar permulaan pendidikan ”
Segi HIV & AIDS, UNICEF memberi rawatan kepada ibu yang mengidap penyakit HIV & AIDS agar melindungi anak-anak dari dijangkiti.

Matlamat

UNICEF menjalankan program-programnya di seluruh dunia, terutamanya di benua Afrika.


UNICEF mempunyai 3 matlamat utama, iaitu Kehidupan dan Perkembangan Kanak-kanak, Pendidikan Asas, Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan, Eksploitasi dan Penderaan, Pencegahan HIV/AIDS di kalangan kanak-kanak, dan Penyokongan Dasar Melindungi Hak Kanak-kanak serta Kerjasama dalam usaha sedemikian.
UNICEF juga membantu dalam perkembangan kanak-kanak dari umur kecil, perkembangan remaja, dan kemahiran hidup berasaskan pendidikan.


UNICEF Atau UNITED NATIONs CHILDRENs FUND
( Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu )

Program-programnya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak di peringkat masyarakat.”
UNICEF merupakan badan organisasi kanak-kanak yang utama di dunia.
Semenjak 60 tahun yang lalu, UNICEF telah berjaya meletakkan pendirian serta pandangannya terhadap dasar dan polisi berkaitan pelbagai isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak di mata dunia.



UNICEF Malaysia menyokong usaha-usaha negara untuk memenuhi hak kanak-kanak dan mencapai Deklarasi Milenium dan Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs).






Di Malaysia, kecederaan kanak-kanak telah menjadi punca utama kematian dan hilang upaya kanak-kanak, meletakkan beban berat kepada keluarga dan masyarakat.
Ekoran pembangunan bandar yang pesat di Malaysia, kesesakan jalan raya juga menyebabkan meningkatnya kemalangan jalan raya. Lebih 300,000 kemalangan jalan raya telah dilaporkan pada tahun 2004 berbanding dengan 290,000 kes pada 2003. Pada 2004 sahaja, 6,000 rakyat Malaysia kehilangan nyawa mereka di jalan raya. Kemalangan ini menyebabkan kematian kanak-kanak dan hilang upaya. Dalam beberapa kes, ia juga menyebabkan kanak-kanak menjadi yatim piatu. 
Di Malaysia, UNICEF bekerja dengan pihak Kerajaan, institusi akademik dan NGO untuk mengurangkan kematian kanak-kanak dan melindungi hak kanak-kanak untuk membesar menjadi dewasa dengan selamat.

Buat perubahan. Mainkan peranan anda

© UNICEF Malaysia/2005/Jothiratnam
Terdapat banyak cara dan peranan yang boleh anda mainkan untuk membantu kami mencapai matlamat di Malaysia, antaranya:
Menyelidik 
dan mendalami isu-isu hak asasi kanak-kanak yang penting kepada anda.
Belajar 
mengenai HIV/AIDS dan bagaimana anda melindungi diri anda dan orang-orang yang anda sayangi dari dijangkiti.
Ambil bahagian 
dalam program dan kempen yang mempunyai matlamat untuk menghentikan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Tunjukkan
 keperihatinan anda terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak di Malaysia dengan menulis kepada Ahli Parlimen anda melalui akhbar.
Berikan tumpuan masa dan sumber 
anda kepada program-program yang akan membantu memenuhi keperluan kanak-kanak di Malaysia dan di seluruh dunia.

Kami menjalankan 1 Program
tujuan utama adalah untuk membantu dan melindungi hak kanak-kanak agar mereka terus hidup seperti kanak-kanak yang lain.

PROGRAM yang dipanggil
DIRECT DEBIT DONOR PROGRAMME ”

Dengan hanya
RM1.26 sehari = RM38.00 sebulan
anda dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang bernasib malang ini.

Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

  Sabda rasulullah SAW:
Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, 
sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan 
menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”

No comments:

Post a Comment