Perjalanan yang panjang ini ditentukan oleh-NYA.. Kesepian ini adalah takdir dari-NYA.. " membawa diri jauh, demi membina jati diri yang direstui Ibu dan Ayah.. membawa keikhlasan dan tanggungjawab sebagai ketua adik2.. memberi keselesaan pada keluarga terutama ibu dan ayah.." meletakkan kepentingan diri jauh demi keluarga.. Diri ini adalah milik mereka, setiap nafas ini adalah untuk mereka.. demi mereka.. mak abah..!! Doa mereka mengiringi setiap langkah aku..
Monday, August 20, 2012
Suka Menipu Punca Strok?
Menipu merupakan punca strok? Ini merupakan hasil kajian daripada Dr.Dalton- Smith M.D, penulis buku, Set Free to Live Free, menyatakan menipu boleh menghasilkan dan meningkatkan hormon stres individu. Secara tidak langsung hormon stres ini akan meningkatkan degup jantung dan kadar pernafasan, melemahkan sistem pencernaan serta membuatkan saraf dan otot menjadi sangat sensitif.
Malah individu yang sering berbohong turut terdedah pada risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung seperti jantung koroner, strok dan kegagalan jantung berfungsi kerana tekanan darah yang meningkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment