Wednesday, August 8, 2012

SIAPA ZIANA ZAIN.....

FILEM DAN DRAMA

Selain daripada menyanyi, Ziana Zain juga merupakan seorang pelakon berbakat besar. Setakat ini sudah 9 buah filem dan 4 buah drama telah Ziana jayakan. Lakonan dan penghayatan watak yang mantap telah melayakkan Ziana untuk memenangi beberapa anugerah pada festival perfileman. Nama Ziana juga sering menjadi sebutan pengarah tersohor disebabkan kredibiliti beliau sebagai pelakon sukar disanggah. Terkini, Ziana bakal muncul dengan filem terbaru arahan KRU, Magika yang menampilkan Ziana sebagai nenek kebayan. Selain berlakon , Ziana juga diberi pengiktirafan menyampaikan 3 buah lagu tema dalam album runut bunyi filem tersebut.

Filem
TahunTajukWatakKutipan
1994SembiluZiana4.2 mil
1995Sembilu IIZiana6 mil
1996Maria MarianaMariana4.8 mil
1997MerahKasih2 mil
1998Maria Mariana IIMariana3.5 mil
2005Sembilu 2005Marina1.39 mil
Pontianak MenjeritZiana1.2 mil
2007Qabil Khushry Qabil IgamRani1.573 mil
2010MagikaNenek KebayanAkan Datang
Drama
TahunTajukPerananArahan
2005Cermin Pada BulanSophiaErma Fatima
20074 Diva SekampungZianaDin CJ
2008Tetamu AllahJulianaErma Fatima
2009Nur Kasih Di Jabal RahmahWanda

[sunting]

1998 - 2004: Perkahwinan, keluarga dan cahaya mATA

Pada 9 Mei 1998, Ziana zain menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati yang dikenali beliau sewaktu sama-sama bekerja di MAS. Jejaka bertuah tersebut, Armin Zaharin Ahmad Zambri Armin, merupakan ketua pramugara di Malaysia Airlines System, MAS. Perkahwinan tersebut telah berwalikan bapa Ziana sendiri, Zain Abdullah. Lebih 10 000 peminat telah membanjiri perkarangan rumah Ziana di Shah Alam semata-mata ingin melihat diva ini secara dekat. Malah bapa Ziana terpaksa memesan makanan tambahan untuk hadirin yang hadir. Sehari sebelum menjelang hari bahagianya, Ziana masih sempat menghadiahkan peminatnya dengan sebuah konsert yang dipancarkan secara langsung dari PWTC. Ramai tokoh-tokoh kehormat hadir pada konsert tersebut untuk mengucapkan tahniah pada Ziana Zain. Perkahwinan Ziana juga mendapat liputan rancangan hiburan paling popular, Melodi TV3 dan beberapa rancangan hiburan lain. Kini sudah 11 tahun Ziana mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta. Pelbagai onak dan ranjau terpaksa beliau harungi dalam mempertahankan mahligai yang beliau bina. Baru-baru ini, Ziana juga telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.
Pada 9 Mac 1999, setahun selepas perkahwinannya, Ziana kembali menghangatkan arena seni negara dengan kehadiran album solo kelimanya. Album yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul memuatkan 10 lagu dari pelbagai komposer terkenal Malaysia. Antara lagu yang popular di dalam album tersebut antaranya "Syurga di Hati Kita", "Kesuma Hati", "Ada Suara Ada Cinta" dan "Penawar Semalu". Lagu "Syurga di Hati Kita" pula telah terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1999. Untuk mepromosikan album kelimanya ini, Ziana telah mengadakan konsert yang mendapat tajaan Head and Shoulders. Konsert yang diberi nama,Konsert Zon Pelindungan Ziana Zain ini, telah diadakan di PWTC Angkasapuri. Peminat yang bertuah telah diberi penghormatan untuk mendapat autograf dan bergambar secara ekskusif bersama Ziana Zain. Dalam konsert tersebut, Ziana telah menyampaikan 10 lagu dan sebahagian besarnya dipetik dari album terbarunya.
Tahun 2000 menyaksikan Ziana berehat seketika dari arena seni suara apabila melahirkan cahaya mata yang pertama. Namun pada tahun 2001, Ziana kembali dengan album solo keenamnya berjudul Aku Cintakan Mu. Album ini telah terjual lebih 45,000 unit, satu jualan yang dikira sangat memberangsangkan tatkala dunia menghadapi krisis ekonomi. Lagu Menadah Gerimis, salah satu lagu dalam album Aku Cintakan Mu, telah memenangi lagu terbaik dalam Anugerah Planet Muzik 2002, anugerah yang menggabungkan negara-negara Asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah lagu tersebut juga telah menjadi Juara bagi kategori Balada dalam Anugerah Juara Lagu 2002. Selain itu juga, Lagu tersebut telah menduduki tempat pertama dalam carta Muzik-Muzik selama 15 minggu. Pada tahun ini juga, Ziana sekali lagi telah melancarkan konsertnya yang diberi nama Ziana Zain...In The Park Concert, Yang diadakan selama dua hari di PWTC. Ramai selebriti terkenal tanah air seperti Sharifah AiniSiti NurhalizaSheila Majid, dan Nora telah hadir untuk memberikan sokongan. Lebih manis lagi, konsert ini juga telah dibawa ke Jerudong Park Amphitheatre,Brunei. Peminat-peminat Ziana Zain di Brunei terpukau dengan keunggulan vokal Ziana yang mengalunkan 22 buah lagu secara langsung.
Pada tahun 2003, Ziana telah mengeluarkan sebuah album live yang menghimpunkan persembahan-persembahan hebat beliau sewaktu menjayakan konsert. Antara persembahan yang diabadikan dalam album ini adalah persembahan dari Ziana Zain...In the Park Concert dan Ziana Zain Unplugged Concert, Brunei. Album yang menggunakan judul Ziana Zain No1s Live ini juga menampilkan 2 buah lagu baru iaitu lagu "Bukan" dan "Lembah Asmara". Lagu bukan merupakan lagu pertama ciptaan Ziana bersama Greg Henderson. Kedua - dua lagu ini telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila telah berjaya memenangi lagu pop pilihan di dalam Anugerah Era 2003 dan Anugerah Era 2004. Malah lagu bukan juga telah menjadi juara carta Muzik-muzik selama 17 minggu dan lagu Lembah Asmara pula telah menjadi Juara di Stesen Radio Singapura untuk beberapa minggu. Selain itu, Lagu-lagu ini juga telah berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhri Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut. Album ini telah diterbitkan dibawah syarikat rakaman Ziana yang baru iaitu EMI.
Pada tahun yang sama juga, Syarikat rakaman terdahulu Ziana, BMG juga telah mengeluarkan album kompilasi Ziana Zain berjudulRatu - Satu Penghargaan sebagai penghargaan buat Ziana di atas kejayaannya selama 12 tahun berada dalam industri ini di bawah BMG.

1996–1997: Kesinambungan kegemilangan

Pada tahun 1996, Ziana telah melancarkan konsert nya yang pertama. Konsert yang diberi nama Ziana Zain's Unplugged Konsert diadakan di Life Centre, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Kira-kira 4,500 peminatnya telah membanjiri PWTC untuk melihat diva ini beraksi. Dalam konsert ini juga, Ziana turut mengundang seniman tersohor Indonesia, Broery Marantika untuk menyanyikan satu lagu duet yang berjudul "Dekat Tapi Jauh". Disebabkan sambutan yang luar biasa, konsert itu juga telah diabadikan di dalam bentuk album yang menggunakan tajuk yang sama. Ledih membanggakan, album tersebut telah terjual lebih 80,000 unit dan diberikan 2x platinum oleh RIM. Malah Ziana juga melah memenangi anugerah Persembahan Solo Terbaik di dalam pertandinagn Pujaan 10 Nescafe menerusi album tersebut. Lagu Korban Cinta, salah satu lagu dalam album tersebut, telah dipilih sebagai Lagu Paling Popular dalam Anugerah Musik Singapura 1996. Ziana juga telah dianugerahkan Bintang Perkhidmatan Cemerlang oleh Sultan Selangor pada tahun tersebut.
Kejayaan Ziana tidak terhenti disitu, pada 28 Mei 1997, Ziana Zain mengeluarkan album keempat beliau. Album yang berjudul Puncak Kasih mendapat sentuhan ramai komposer popular dan telah terjual lebih 150,000 unit seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Selain itu, Ziana sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama yang melancarkan album di dalam kapal pelayaran mewah. Sebahagian peminat bertuah dan wartawan hiburan telah diundang untuk bersama-sama meraikan majlis yang penuh gilang-gemilang itu. Album ini juga telah mencatatkan banyak kenangan manis seperti telah dipilih sebagai album terbaik di dalamAnugerah Industri Muzik 1998, Lagu Puncak Kasih pula telah menduduki tangga #1 di carta Muzik Muzik selama lebih 15 minggu, sekaligus menjadi lagu paling lama bertahan di kedudukan teratas carta. Malah lagu tersebut juga telah dipilih sebagai Juara lagu kategori balada dalam Anugerah Juara Lagu 1998, dan muzik video Puncak Kasih telah memenangi Muzik video terbaik dalam Anugerah Video Muzik Malaysia. Pada tahun tersebut juga, Ziana telah melancarkan konsert bergeraknya yand di beri nama Ziana Zain Mega Tour Concert ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Konsert yang mendapat tajaan jenama Salem dan Peter Stuyvesant ini mendapat sambutan yang menakjubkan. Malah tiket-tiket konsert juga sudah habis terjual tiga minggu sebelum konsert bermula

1993–1995: Fenomena Ziana Zain

Pada tahun 1993, Ziana diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menghasilkan album. Album yang menggunakan namanya sendiri, Ziana Zain ditangani lebih kemas oleh komposer terkenal dan berbakat besar bernama Zuriani. Album tersebut menalpilkan banyak lagu popular seperti "Kasih Ku Pertahankan", "Anggapanmu" dan "Putus Terpaksa. Album tersebut juga julung-julung kalinya menampilkan satu lagu popular Jepun yang dinyanyikan semula Ziana berjudul Chitose Bashi. Selain itu, album itu juga mengandungi sebuah lagu Rome yang dialih bahasa berjudul Hadirmu yang dinyanyikan Ziana bersama seorang pendatang baru, Izzaka. Kejayaan demi kejayaan Ziana raih untuk album kedua beliau sehinggakan album tersebut terjual lebih 60,000 unit. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Tanpa menunggu lama, pada tahun 1995 Ziana sekali lagi mengeluarkan album ketiganya berjudul Setiaku di Sini. Album ini telah terjual lebih 180,000 unit sekaligus menjulang karier Ziana ke puncak. Album ini bukan sahaja telah terjual di Malaysia, tetapi telah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Album yang menampilkan banyak lagu hit seperti setiaku disini, bersama akhirnya, kemelut dimuara kasih, dan sangkar cinta ini telah mengangkat Ziana sebagai pemenang vokal terbaik dalam album di dalam Anugerah Industri Muzik 1996. Malah pihak RIM juga telah memberikan 3x platinum untuk jualan yang membanggakan itu. Lebih manis lagi, banyak lagu dalam album tersebut berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu dan laguKemelut di Muara Kasih' berjaya sampai keperingkat akhir pertandingan tersebut. Lagu Bersama Jua Akhirnya pula telah memenangi persembahan terbaik (solo) dalam pertandingan Nescafe Pujaan 10. Selain itu Ziana juga telah diangkat menjadi Artis Paling Popular di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Malah beliau juga telah memenangi dua kategori lain dalam anugerah tersebut iaitu pelakon pembantu wanita popular dan penghibur TV popular.

1990–1992: Permulaan kerjaya

Ziana menyertai BMG Music pada tahun 1992 secara kebetulan. Album pertamanya, 'Madah Berhelah' merupakan buah tangan pertama Ziana untuk peminatnya. Lagu Madah berhelah akhirnya telah memikat telinga peminat music sekaligus melonjakkan karier Ziana sebagai penyanyi. Lagu tersebut juga telah menjadi juara hampir keseluruhan stesen radio di Malaysia. Namun langit tidak selalunya cerah, di saat nama Ziana mula meniti populariti, terdapat segelintir pihak yang ragu akan kebolehan gadis muda ini. Ramai yang mengatakan Ziana bukannya menyanyi tetapi menjerit malah ade yang mengatakan Ziana tiada identiti apabila suaranya dikatakan mirip kepada penyanyi Juliza Adzlizan. Kulit album pertama beliau juga dikatakan menyerupai kulit album penyanyi terkenal masa itu, Sheila Majid. Namun Ziana tabah menghadapi semua dugaan tersebut memandangkan beliau masih baru di dalam industri tersebut. Berkat kesabaran beliau, dua lagi lagu dalam album tersebut, Sebelum terlewat waktu dan riwayat cinta berjaya menawan carta muzik seluruh Malaysia. Malah lebih membanggakan Ziana lagi apabila lagu Madah berhelah berjaya melepasi peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Selain daripada itu, album tersebut juga telah berjaya terjual sebanyak 40,000 unit dan diberi pengiktirafan pingat emas oleh RIM. Ini sekaligus meletakkan Ziana sebagi artis baru paling berjaya ketika itu.
Dilahirkan di Kg Simpang Merlimau, Melaka kepada anggota polis (kini pesara) Zain Abdullah dan Puan Robiah Abdul, Ziana merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik. Panggilan utamanya di rumah, "Rozi" tetapi ada juga kalangan saudara dan kenalan yang memanggilnya "Ogee", "Adik" ataupun "Siti". Ziana menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz. Ziana seorang yang berperwatakan lasak. Sejak dari kecil, Ziana lebih gemar bermain dengan budak lelaki dan pernah digelar tomboy.
Selepas tamat alam persekolahan, Ziana telah berjinak-jinak dengan alam pekerjaan pula. Pada permulaannya Ziana telah bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah. Selepas beberapa bulan, Ziana berhenti dan meneruskan kariernya menjadi seorang operator di Kilang JVC Shah Alam. Selepas tujuh bulan menyertai bidang pembuatan, Ziana menerima tawaran untuk berlatih sebagai seorangpramugari di MAS. Tamat sahaja latihannya Ziana diterima bekerja secara tetap dengan MAS selama lebih kurang 3 tahun. Pada awalnya Ziana sering mengikuti bapanya, Zain Abdullah untuk menyanyi bersama-sama Kombo Diraja Polis. Dari situ, Penerbit album terkenal, Rahim Othman menggagumi bakat Ziana dan percaya bahawa Ziana mampu pergi jauh dalam dunia seni. Ini di kuatkan lagi apabila Ziana memenangi Bintang Selangor pada tahun 1984. Maka dari insiden itulah, bermulanya karier Ziana sebagai artis rakaman.

Album Studio

Album Studio
TahunTajukKutipanPengiktirafan RIM[perlu rujukan]
1991Madah Berhelah40,000Emas
1993Ziana Zain60,000Platinum
1995Setia Ku Di Sini180,0003x Platinum
1997Puncak Kasih150,0003x Platinum
1999Ziana Zain50,000Platinum
2001Aku Cintakan Mu45,000Platinum
2008Dingin75,000Platinum

Album Kompilasi

Album Kompilasi
TahunTajukKutipanPengiktirafan RIM
1996Ziana Zain Unplugged80,000Platinum
1998Best of Ziana Zain80,000Platinum
2003Ratu - Satu Penghargaan50 000Platinum
Ziana Zain No. 1s Live45,000Platinum
2006Keunggulan Ziana Zain80,000Platinum





Duta produk

Rupa yang komersil telah membawa tuah kepada Ziana Zain. Setelah hampir 20 tahun dalam bidang seni, sebanyak 11 produk temapatan dan antarabangsa telah melantik Ziana sebagai jurucakap produk mereka. Malah Ziana juga telah disenaraikan antara selebriti yang paling banyak menjadi jurucakap produk setaraf dengan bintang paling popular 2007 Mawi. Berikut merupakan produk-produk yang menggunakan Ziana Zain sebagai jurucakap mereka.
  • 1996 - Avon 
  • 1997 - NutriBeaute 
  • 1997 - Omega timepieces 
  • 1999 - Head & Shoulders 
  • 1999 - B&H Health Products 
  • 2000 - L'OrĂ©al hair Color
  • 2001 - Vono Mattress 
  • 2003 - Brilliant Rose 
  • 2004 - Slim World Beauty House 
  • 2004 - Nutrimetics Cosmetics and Skincare
  • 2010 - Antabax 
Pada tahun 2005, Ziana Zain telah melancarkan minyak wanginya sendiri yang diberi nama Truly sekaligus menjadikan beliau artis Malaysia pertama mempunyai minyak wangi jenama sendiri.[32][33] Selain itu, Ziana juga mencipta sejarah apabila menjadi duta untuk produk antarabangsa VONO Mattress selama 10 tahun, satu jangka masa yang tidak dicapai oleh mana-mana artis di Malaysia. [34]

[sunting]Anugerah & Penghargaan

[sunting]Fakta menarik

  • Ziana Zain merupakan Artis Wanita Pertama yang memenangi Pertandingan Antarabangsa sehingga namanya tercatat di dalam Malaysia Book of Records.
  • Ziana Zain merupakan artis Pertama Malaysia yang mempunyai minyak wangi sendiri yang diberi nama Truly keluaran Nutrimetics.
  • Ziana zain merupakan artis wanita pertama yang memakai kanta lekap (Contact Lens) di dalam kulit album sehinggakan menjadi ikutan artis-artis lain.
  • Ziana gemar bermain go-kart untuk mengisi masa lapangnya.
  • Ziana zain gemarkan warna hijau sehinggakan sewaktu perkahwinannya juga beliau memilih warna hijau sebagai warna tema. Malah sewaktu menyertai pertandingan Voice of Asia juga ziana menggunakan persalinan hijau.
  • Trademark Ziana ketika menyanyi ialah mengangkat kening sehingga menjadi ikutan penyanyi lain.
  • Ziana Zain diberi gelaran Jlo Malaysia apabila mempunyai iras-iras rupa diva latin tersebut. Malah, ketika Jlo melahirkan kembar, Ziana juga mengalami perkara yang sama.
  • Dari segi vocal, Ziana Zain dikatakan menyamai Whitney Houston, apabila vokalnya mampu mencecah F sharp setaraf diva Amerika Syarikat tersebut.
  • Pelakon Que Haidar tampil dalam filem Cuci pada tahun 2008 dengan membawakan watak seorang penyanyi rock yang meniru gaya Ziana. Que menyanyikan lagu Anggapanmu dalam babak sepanjang 4 minit itu.

Album Antarabangsa

Album Antarbangsa
TahunLaguAlbum
1989Lukisan Wajah KasihSukan SEA ke 15
1992Chitose BashiAsian Voices
1993"Feel Me Out"
"Groove Me" (duet with Jo Awayan)
Colors of love
1996"A Whole New World"
"Beauty and the Beast"
A Musical Salute to Disney
1998Strive for the BestSukan Komanwel 1998


No comments:

Post a Comment