Wednesday, August 8, 2012

Sekitar doa dan bacaan ketika dan sesudah azan


Berikut adalah sekitar doa dan bacaan ketika dan sesudah azan.

Sesiapa yang mendengar azan hendaklah mengulangi kalimah yang diucapkan muazin kecuali ketika:



 

dan




Ketika itu sebutlah:



"Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah".
(HR Bukhari 1/152, Muslim 1/288)


Menurut hadith yang lain, bacaan ketika azan adalah seperti berikut:

Dua in Arabic


Aku bersaksi, bahwa tiada Tuhan yang haq selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Aku rela Allah sebagai Tuhanku, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agama (yang benar). 
(HR Bukhari 1/152 dan Muslim 1/288)
Hadith di atas dibaca setelah muadzin membaca syahadat menurut Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah 1/220.



Apabila sudah selesai muadzzin melaungkan azan:


Membaca shalawat keatas Nabi s.a.w sesudah adzan.
(HR Muslim 1/288)


Berikut adalah doa selepas azan:

Dua in Arabic

Maksudnya:
"Ya Allah, Tuhan Pemilik panggilan yang sempurna (adzan) ini dan shalat (wajib) yang didirikan. Kurniakanlah Muhammad Al-Wasilah (darjat di Syurga, yang tidak akan diberikan selain kepada Nabi s.a.w) dan juga kedudukan darjat yang tinggi. Tempatkanlah baginda di maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.
(HR Bukhari 1/152)
Untuk kalimat: ‘Innaka laatukhliful mii’aad/Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji’, menurut riwayat Baihaqi 1/410, Al-Allamah Abdul Aziz bin Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar, halaman 38.


Perbanyakkan berdoa diantara adzan dan iqamah, sebab doa pada waktu itu adalah mustajab mengikut Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Abu Dawud dan Ahmad. Lihat Irwa’ul Ghalil: 1/262. Sila lihat artikel Waktu-waktu mustajab doa.


Artikel: Sekitar doa dan bacaan ketika dan sesudah azan

terima kasih dengan maklumat dan pengajaran ini,

dikongsi untuk semua rakan-rakan..
mudah-mudahan dimurahkan rezeki dan diberkati 
ALLAH SWT...
dengan ilmu ini, dapatlah kita berkongsi dan menyeru rakan-rakan
dalam memperbetulkan bacaan selepas azan dan sebelum azan.

No comments:

Post a Comment