Wednesday, August 15, 2012

MAKLUMAT TENTANG UNICEF MALAYSIA


NICEF merupakan agensi utama yang kini berada di lapangan untuk menghulurkan bantuan dari segi air, sanitasi dan kebersihan; pendidikan; dan perlindungan kanak-kanak.
Berikut merupakan gambaran menyeluruh tentang apa yang sedang berlaku di kawasan yang dilanda taufan serta lain-lain kawasan yang terbabit.
Kesihatan dan NutrisiTerdapat ramai penduduk jatuh sakit dan juga cedera di kawasan-kawasan terbabit yang tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan.
Sebagai tambahan, banjir yang kini melanda kawasan terbabit boleh menjadi punca tempat pembiakan nyamuk, yang boleh membawa kepada malaria dan demam denggi iaitu penyakit-penyakit endemik di negara tersebut. Digabungkan dengan lain-lain ancaman yang serius disebabkan oleh air yang tercemar dan tahap kebersihan yang kurang, kadar kematian dan tahap kesihatan kanak-kanak dan lain-lain populasi yang lemah dan terdedah juga akan meningkat secara dramatik.  
UNICEF kini membekalkan cecair rehidrasi oral, ubat-ubatan asas untuk mencegah penyakit berjangkit dan kelambu-kelambu nyamuk tetapi kuantiti yang ada masih tidak mencukupi untuk memnuhi keperluan penduduk yang terlibat. Sumbangan yang dihulurkan kepada UNICEF akan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak bekalan tambahan.
Air, sanitasi dan kebersihanKualiti air serta sumber air yang boleh didapati juga telah menjadi satu isu disebabkan oleh ketiadaan elektrik dan kemusnahan sistem sanitasi. Oleh itu, terdapatnya risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang dijangkiti melalui air seperti kolera dan cirit-birit. 
Untuk memastikan terdapatnya sumber air yang selamat, tandas perlu dibina di kem yang menempatkan para penduduk, set air yang asas untuk keluarga, tablet pembersihan air, cecair perlindungan air (sodium hypoklorid) dan serbuk peluntur adalah antara bahan keutamaan yang diberikan oleh UNICEF.
PendidikanKebanyakan sekolah kini telah musnah ataupun rosak. UNICEF pula memberi fokus terhadap kanak-kanak untuk kembali ke sekolah pada 1hb Jun ini sebagai usaha untuk membawa kembali keadaan normal kepada kehidupan kanak-kanak yang terbabit serta untuk melindungi mereka daripada penderaan dan ancaman terhadap kesejahteraan mereka yang mungkin wujud sebagai akibat daripada kehilangan tempat tinggal mereka.
UNICEF amat memerlukan sumbangan untuk memperbaiki dan membina kembali sekolah-sekolah yang telah rosak dan musnah, serta tempat pembelajaran buat sementara dan juga sumbangan untuk pra-sekolah. UNICEF akan memberi sokongan dan bantuan kepada 2,000 buah sekolah di mana seramai 300,000 orang kanak-kanak akan mendapat manfaat daripadanya.
Perlindungan kanak-kanakKanak-kanak yang sendiri, terpisah dan yang mengalami trauma disebabkan oleh bencana alam ini adalah antara kebimbangan utama UNICEF.
UNICEF merancang untuk memberi sokongan terhadap pengenalpastian, kanak-kanak yang telah terpisah dari keluarga mereka, menjejak dan mencari keluarga yang terpisah, menyatukan dan mengenalpati kanak-kanak dengan keluarga mereka, memastikan terdapatnya persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak dan wanita, termasuklah mewujudkan kawasan yang mesra kanak-kanak, memberi kesedaran di dalam masyarakat tentang risiko terhadap eksploitasi dan penderaan, serta pada masa yang sama integrasi sokongan psikososial sebagai salah satu maklumbalas perlindungan.
Bahan bantuan kecemasan
Bahan bukan makanan seperti selimut, bekas-bekas plastik, kelambu nyamuk, kit untuk keluarga dan lain-lain bekalan bantuan kecemasan akan dibekalkan dari sumber untuk membantu penduduk yang terlibat. 

 
UNICEF merupakan badan organisasi kanak-kanak yang utama di dunia.
Semenjak enam dekad yang lalu, UNICEF telah berjaya meletakkan pendirian serta pandangannya terhadap dasar dan polisi berkaitan pelbagai isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak di mata dunia.


UNICEF bekerja untuk membantu kanak-kanak lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia. Laman web berikut disediakan khas untuk topik atau berita terkini daripada seluruh negara. Anda juga boleh mendapat maklumat lanjut dari pusat media dan balai berita khas berkenaan negara - negara krisis dan juga laman web khusus untuk isu global yang membawa kesan kepada kanak-kanak.

 sorotan berita2 mengenai bantuan dr UNICEF


Ajar mereka membaca, menulis dan ubah kehidupan mereka
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2008 – UNICEF Malaysia menandakan Hari Literasi Antarabangsa pada tahun ini dengan bertemakan ‘Literasi merupakan penyelesaian terbaik’, dengan fokus diberikan untuk memperbaiki pendidikan dari segi akses, kesaksamaan dan kualiti.
KENYATAAN AKHBAR: Buang bayi dan kehamilan remaja 
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2008 - “UNICEF Malaysia amat bimbang terhadap laporan-laporan media yang sering keluar mengenai isu buang bayi. Di dalam kebanyakan kes disebabkan oleh kehamilan remaja yang tidak dikehendaki.
Revolusi kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak yang kedua mencapai matlamat bagi kanak-kanak
KUALA LUMPUR, 15 April 2008 – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) kini berusaha untuk memberi inspirasi kepada Revolusi Kesihatan dan Kesinambungan Kehidupan Kanak-kanak yang kedua.
UNICEF ketengahkan isu air dan sanitasi ketika mesyuarat Menteri Pembangunan G8 di Tokyo
TOKYO, Jepun, 11 April 2008 – UNICEF telah diberi peluang buat pertama kali untuk membuat pembentangan di Mesyuarat Menteri Pembangunan G8 bagi isu Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dan keselamatan manusia.
Lebih banyak tindakan yang perlu diambil dalam menurunkan impak HIV dan AIDS terhadap kanak-kanak di Asia Timur dan Pasifik
BANGKOK, 3 April 2008 – Menurut data terkini yang boleh didapati di dalam laporan UNICEF, bilangan kanak-kanak yang hidup dengan HIV serta mendapat rawatan antiretroviral di Asia Timur dan Pasifik kini telah meningkat hampir empat puluh peratus.
‘Kanak-kanak & AIDS: Laporan kajian semula yang kedua’ merujuk kepada kemajuan yang telah dicapai hingga kini
NEW YORK, 3 April 2008 – Kemajuan penting yang telah dicapai dalam berjuang menentang penyebaran HIV semenjak UNICEF – sebagai agensi penaja bersama dengan UNAIDS – telah melancarkan kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS pada bulan Okto



Kehidupan benar mengisahkan cerita harian kanak-kanak dan orang remaja di Malaysia dari segi program-program UNICEF seperti pencegahan HIV/AIDS, perlindungan kanak-kanak dan tsunami.

Perlindungan Kanak-kanak



Kanak-kanak belajar melalui kehidupan mereka 
KUALA LUMPUR - ARTIKEL 29 Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) menyatakan bahawa pendidikan harus membentuk personaliti dan kebolehan seseorang itu dengan sepenuhnya, dan pendidikan kanak-kanak juga harus mengajar mereka untuk menghormati ibu bapa mereka.
Kematian memilukan bagi seorang gadis kecil
KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2007 – Apabila Nurin Jazlin yang berumur lapan tahun telah diculik pada 22 Ogos, dia sedang dalam perjalanan untuk ke pasar malam yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Kisah Nurin telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.
Manfaat penyusuan ibu sesudah jangka masa 12 tahun
Kuala Lumpur, Ogos 2007 – Jennifer Thompson, 44 tahun, merupakan salah seorang advokat yang menyokong dan menggalakkan penyusuan ibu apabila beliau telah diberitahu oleh doktor bahawa beliau tidak dapat menyusukan anak pertama beliau.
Penyusuan ibu sesuai untuk ibu bekerja
Kuala Lumpur, Ogos 2007 – Tiada masa untuk menyusukan bayi? “Anda hanya perlu menyesuaikan masa anda,” kata Amanda Sun, 32 tahun, Pengurus Operasi di IBM. Amanda telah mengambil keputusan untuk menyusukan anaknya walaupun mempunyai jadual kerja.
Dua remaja telah mendapat seruan melalui program Mentoring Malaysia
KUALA LUMPUR, 1 Julai 2007 – Ia merupakan satu perjalanan yang penuh dengan harapan, ketakutan dan impian bagi Choo Kok Wui, seorang pelajar daripada Kolej Universiti HELP yang kini berusia 19 tahun.
Menentang buli melalui pendidikan dan kemahiran
KUALA LUMPUR, 9 Julai 2007 – Memori yang sering diingati ketika zaman persekolahan dahulu selalunya dipenuhi dengan kegembiraan, kadangkala kesedihan.


Keperluan kesihatan asas



Peluang untuk kanak-kanak yang kurang upaya menyerlah
KUALA LUMPUR, 4 April 2008 – Zahidah, yang kini berumur sembilan belas tahun, telah menggunakan kerusi roda semenjak kecil lagi. Ibu Zahidah, Dr. Aminah, telah membawanya dari rumah mereka yang terletak di Shah Alam ke Persatuan Orang-orang Buta Malaysia


Pendidikan



Bumi kesayangan saya
GEORGETOWN, September 2008 - Sempena meraikan Hari Literasi Sedunia 2008, UNICEF amat berbangga untuk berkongsi luahan hati serta harapan seorang gadis kecil yang berumur 9 tahun dari Malaysia, Shanelle Alayna.
Galakkan untuk anak-anak Orang Asli yang pra sekolah yang menetap di kawasan pedalaman Malaysia
KAMPUNG PETA, Malaysia, 2 September 2008 – Kawasan perhutanan Taman Negara Endau-Rompin terletak jauh di Semenanjung Malaysia adalah merupakan tempat tinggal pelbagai spesies-spesies burung, rama-rama dan badak sumbu yang kini jarang ditemui.
Menggunakan cerita rakyat bagi memperkayakan dan menggalakkan pendidikan untuk anak-anak Orang Asli di Malaysia
TASIK CINI, Malaysia, 31 Ogos 2008 – Mereka berkumpul disekeliling seorang yang tua dan dihormati, generasi yang muda sedang mencengar kisah-kisah rakyat berkenaan dengan nenek moyang mereka. Dengan memakai hiasan di kepala yang diberbuat daripada daun.
Galakkan minat membaca di kepulauan jauh di Malaysia
Memberi galakan awal kepada generasi ‘Orang Asli’ seterusnya di Malaysia
GERIK, 1 Mei 2007 – Simah Asir, mempunyai pekerjaan yang kebanyakan jiran-jirannya merasakan suatu pekerjaan yang tidak diperlukan.




Buat perubahan. Mainkan peranan anda

my_children_swak05_014L.jpg
© UNICEF Malaysia/2005/Jothiratnam

Terdapat banyak cara dan peranan yang boleh anda mainkan untuk membantu kami mencapai matlamat di Malaysia, antaranya:
Menyelidik dan mendalami isu-isu hak asasi kanak-kanak yang penting kepada anda.
Belajar mengenai HIV/AIDS dan bagaimana anda melindungi diri anda dan orang-orang yang anda sayangi dari dijangkiti.
Ambil bahagian dalam program dan kempen yang mempunyai matlamat untuk menghentikan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Tunjukkan keperihatinan anda terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak di Malaysia dengan menulis kepada Ahli Parlimen anda melalui akhbar.
Berikan tumpuan masa dan sumber anda kepada program-program yang akan membantu memenuhi keperluan kanak-kanak di Malaysia dan di seluruh dunia.






No comments:

Post a Comment