Semakin tiba ke hari bahagia, nafsu makan semakin
menjadi-jadi. Aduh, stresnya! Jangan panik. Itu ialah proses biasa. Semakin
kamu stres, semakin bertambah juga keinginan kamu untuk mengunyah. Kali ini
rEMAJA tampilkan pelan khas menu diet sepanjang seminggu untuk kamu. lakukan secara
berterusan untuk hasil yang memuaskan. Ayuh, cabar diri kamu dan bulatkan
tekad. Siapa lagi nak mengubah diri kalau bukan kamu sendiri yang harus
berusaha, bukan?
Hari Pertama
Semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman, pilih yang
sihat dan semula jadi.Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi
kandungan gula yang tinggi.Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling
tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. Selain itu, kamu disarankan
makan sup.
Hari Kedua
Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan
jagung.Kamu tidak dibenarkan makan kacang
panggang dan seumpama dengannya. Makan sehingga kamu sendiri puas dengan
rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau. Makanlah sebanyak mana
sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan
besar.Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam
dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga
gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi tidak perlu
kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.Jika betul-betul mengamalkan diet
ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga
tiga kilogram. bayangkan...
Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.Sebaiknya ambil
tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. Hari ini ialah
hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi
menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Kamu juga masih tidak boleh melupakan
sup dalam hidangan.
Hari Kelima
Hari untuk daging dan tomato. Kamu dibenarkan untuk makan
daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji
tomato segar.Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci
pembinaan asid urik.pengambilan
sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam
Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur. Makanlah apa
saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.Tetapi jangan makan
kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi
pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang.Lengkapkannya dengan
jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Kamu masih lagi disarankan
untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
No comments:
Post a Comment