5 PEKARA TENTANG AERIL ZAFRIL
• Tidak suka berfesyen
• Gemar tonton DVD di rumah
• Lambat makan
• Pemalu
• Suka berkaraoke
• Gemar tonton DVD di rumah
• Lambat makan
• Pemalu
• Suka berkaraoke
Punya paras jadi idaman dengan bakat wajar dibanggakan.
Signifikan kedua-dua ini dilihat telah melahirkan seorang bintang yang semakin
bersinar kilauannya. Walaupun bermula malap, Aeril Zafrel tidak rakus menjana
populariti.
SEMAKIN MATANG MEMBINA KARIER
Penulis akui, pada awal kemunculannya rata-rata ramai yang masih memandang sebelah mata. Maklumlah, bakat pelakon muda ini dahulunya tampil biasa dan masih lagi belum diiktiraf di mana-mana pentas anugerah. Seketika kemudian, impaknya mulai terasa hasil jajaan kerasnya mengukuhkan nama.
Penulis akui, pada awal kemunculannya rata-rata ramai yang masih memandang sebelah mata. Maklumlah, bakat pelakon muda ini dahulunya tampil biasa dan masih lagi belum diiktiraf di mana-mana pentas anugerah. Seketika kemudian, impaknya mulai terasa hasil jajaan kerasnya mengukuhkan nama.
Tanpa mengira penat dan lelah, akhirnya dia dilamar untuk
bernaung di bawah MIG. Dan kini, pemilik nama Suhairil Sunari atau lebih mesra
dipanggil Aeril kian dikenali dari hari ke hari.
Hadir ke lantai pengambaraan malam itu ditemani pengurus
merangkap sepupunya, penulis skrip Shahriman Wahab, Aeril ternyata seorang yang
‘cool’, rilek dan bersahaja. Walaupun tidak banyak buah kata yang dituturkan,
namun telatahnya ada kala cukup mencuit hati.
Di sebalik karismanya, penulis sendiri dapat lihat sisi
‘kejantanan’ yang kian menebal. Masih lagi penulis ingat akan ligat Aeril
sebagai budak sekolah menerusi drama Klik, Kisah Kaisara dan seterusnya filem
Aku Tak Bodoh. Ketiga-tiga naskah lakonannya ini asli dan tulus, bersesuaian
dengan saiz figuranya yang kecil.
Terus melebarkan sayap dan enggan mengekalkan momentum yang
sama di setiap kali penerbangan, Aeril dilihat berterusan tabah mencabar diri
memikul watak yang berat bagi menyerlahkan kredibilitinya sebagai seorang anak
seni yang mahu dipuja hanya kerana bakat.
“Saya gembira para penggiat seni tanah air sudah mula nampak
akan sisi kedewasaan yang saya tonjolkan. Setiap watak menuntut saya untuk
mengenal diri di samping mematangkan. Malah, saya bersyukur diberikan
kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem. Ini menunjukkan usaha saya
selama ini membuahkan hasil”, ujar Aeril yang cukup memuja bakat bintang
Indonesia terkenal Vino G. Bastian.
No comments:
Post a Comment