Monday, December 3, 2012

Patuhi waktu makan...


Sarapan sepatutnya diambil dalam lingkungan masa setengah jam atau sejam selepas bangun dari tidur.
Sarapan penting untuk menambah semula paras gula dalam darah selepas enam hingga lapan jam tidur.
Sarapan juga dapat seimbangkan gula dalam darah untuk memberi lebih tenaga ketahanan.
Makanan yang baik diambil untuk sarapan adalah oat, kacang, bijirin gandum, beras perang, buah-buahan serta sayur-sayuran yang mengandungi karborhidrat yang tinggi.
Roti bakar yang disapu mentega dengan taburan kismis
Sandwic tuna bersama keju
Bijirin bersama susu segar
Sebiji epal
Makan tengah hari boleh diambil selepas tiga hingga empat jam kamu bersarapan.
Elak makan tengah hari akan mengurangkan tenaga kamu apatah lagi waktu itu adalah waktu puncak dalam kehidupan seharian.
Makanan yang sepatutnya diambil pada waktu tengah hari perlu seimbang dengan protein, karbohidrat dan lemak yang baik.
Makan tengah hari mampu membekalkan nutrien penting yang sangat kuat dan memberi kamu tenaga yang diperlukan untuk empat hingga lima jam seterusnya.
Sepinggan nasi ayam
Semangkuk mihun sup atau mi rebus bersama isi ayam, daging atau bebola ikan
Nasi putih bersama ikan dan sayur campur
Minum petang tidak sepatutnya dihidang dengan makanan berat, sebaliknya cukup untuk mengurangkan kelaparan sahaja.
Makanan yang perlu diambil haruslah tinggi dengan vitamin dan mineral serta rendah kalori untuk mengawal berat badan.
Tetapi, makanan dengan kalori rendah sebenarnya tidak mengurangkan kelaparan kamu untuk tempoh yang lama.
Banyakkan makan buah-buahan
Minum teh o panas dengan sekeping roti bakar
Makan malam perlu diambil selepas dua hingga tiga jam kamu minum petang.
Makanan yang diambil untuk makan malam sama seperti makan tengah hari tetapi jumlah makanan lebih kecil.
* B> Makan malam perlu seimbang dari segi protein, karbohidrat dan lemak yang baik.
Makan sekeping kebab ayam bersama semangkuk salad
Semangkuk sup sayur atau tom yam
Makan ikan kukus dan sayur-sayuran
Waktu makan lewat malam biasanya diambil pada pukul sembilan atau sejam sebelum tidur.
Makanan yang diambil perlu rendah kalori dan tinggi dari segi nutrien.
Buah-buahan, sayur-sayuran atau yogurt rendah lemak adalah contoh makanan yang boleh diambil.
Elakkan daripada minuman seperti kopi atau minuman bergas sebelum tidur.
Yogurt
Bijirin dengan susu rendah lemak
Buah-buahan segar
Coklat hitam

No comments:

Post a Comment