Dari Abdullah bin Umar dan Abu
Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah
s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang
suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka
mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi
orang yang lalai?” – H.R Muslim.
Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat merupakan
perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas
setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan
mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan
dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu
hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka
semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan
meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang
mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan
orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang
munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka
mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam
beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib
dipelihara demi menjaga kesucian agama.
No comments:
Post a Comment