Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut
riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat
sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi
perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin
Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat
kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat
perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk
tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau
kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan
dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam,
diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan.
Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari
kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2.
Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang
mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah
ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan
rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang
selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah
s.w.t.
3.
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari
Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari
ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4.
Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya,
maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran
yang dipelajari.
5.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan
mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara
dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan
hilang rasa marahnya.
6.
Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan
dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan,
diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang
dituntutnya.
7.
Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan
dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8.
Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca
ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi
penjaga dan pelindung syaitan.
9.
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh
hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat
Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut
menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau
sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan
memudharatkannya.
10.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang
membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka
demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya
pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia.
(dari kitab Khawasul Qur’an)
No comments:
Post a Comment