Saturday, November 5, 2011

~~~MOST READ~~~~


Tip Sentiasa Ceria di Tempat Kerja

BERADA DI TEMPAT KERJA DARI JAM 9 PAGI SEHINGG A 6 PETANG PASTINYA  MEMBUATKAN KAMU KELETIHAN DAN LESU. KELETIHAN INI JUGA KADANG -KADANG BOLEH MEMBERIKAN KESAN MOOD KEPADA DIRI KAMU. MOOD SESEORANG ITU PENTING KETIKA MELAKUKAN SESUATU KERJA DI SAMPING UNTUK MENING
KATKAN SESUATU PRODUKTIVITI KERJA!

BERFIKIRAN POSITIF

Cuba berfikiran positif tidak kira apa jua yang kamu lakukan. Memang  perkara ini mudah untuk dikatakan, namun payah untuk diaplikasikan. Walau bagaimanapun, pekerjaan yang memerlukan kamu memenuhi deadline dan juga pelbagai tekanan lain, pastinya membuatkan kamu berasa sugul di tempat kerja. Malah ada juga yang terbawa-bawa emosi ini sehingga pulang ke rumah. Tahukah kamu, tekanan mampu membuatkan keseluruhan badan dan juga otak kamu  keletihan? Jadi, cubalah untuk berfikiran positif kerana setiap apa yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya.

HIASI MEJA

Hiasi meja kamu dengan barangan yang boleh menceriakan hidup kamu. Contohnya gambar-gambar yang boleh membuatkan kamu mengimbau kenangan manis bersama teman baik kamu. Ketika keletihan atau tertekan dengan tuntutan kerja yang bertimbun-timbun, melihatkan gambar-gambar tersebut pastinya boleh membuatkan kamu tersenyum lebar kala teringatkan kenangan itu semula! Atau mungkin kamu boleh menghiasi meja kamu dengan pelbagai bunga-bunga segar yang pastinya memberikan keharuman dan semangat kepada kamu. Malah mungkin juga boleh menarik perhatian kamu dengan rona bunga kegemaran kamu itu.

BERPAKAIAN RONA CERIA

Cara dan rona pakaian  juga memainkan peranan penting untuk menimbulkan sesuatu mood di tempat kerja.Walaupun tempat kerja kamu mengehadkan rona seperti coklat gelap, hitam, kelabu, putih dan pelbagai rona kusam lain untuk ke tempat kerja, namun ia tidak menghalang kamu untuk tampil ceria.  Mungkin kamu boleh menyuaipadankan skarf rona terang sepertikuning, merah ataupun hijau pucuk pisang  bersama rona pakaian yang ditetapkan oleh tempat kerja kamu.  Atau mungkin kamu boleh menggayakan tas tangan dengan pilihan rona-rona seperti yang dinyatakan tadi. Dengan ini, kamu masih boleh tampil ceria, kemas serta formal bukan?

PERAMAH

Untuk memiliki sifat ini mungkin agak  susah buat seseorang yang sememangnya pemalu, bukannya sombong ya! Menjadi peramah adalah penting di tempat kerja untuk memberikan kamu mood ceria. Ini kerana apabila kamu menjadi seseorang yang memiliki sifat ini, rakan-rakan sekerja akan mudah untuk bergurau-senda dengan kamu. Malah mungkin dengan gurau-senda rakan-rakan ini mampu membuatkan kamu tampil senyum dan ceria kala hati gundahgulana. Jika kamu tidak mempunyai sifat ini, maka rakan-rakan lain agak kekok untuk bertegur-sapa dengan kamu apatah lagi ingin membuatkan kamu tersenyum!








Kepuasan Kerja

BILA MENULIS TENTANG SESUATU YANG BERKAITAN DENG AN KEPUASAN KERJA, PASTINYA IA TERPULANG KEPADA OBJEKTIF INDIVIDU DALAM MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN. ADA ORANG YANG BERPUAS HATI DALAM MELAKUKAN PEKERJAAN APABILA MENDAPAT GAJI YANG TINGG I, TAK KURANG JUGA YANG BERPUAS HATI APABILA MENDAPAT SEKALUNG PENG HARGAAN DALAM KERJA YANG DILAKUKAN SERTA PELBAGAI LAGI PENDAPAT TENTANG KEPUASAN BEKERJA. JADI APAKAH KEPUASAN BAGI KAMU?

Penghargaan

Ramai yang bekerja secara ikhlas dan melakukan pekerjaan dengan terbaik demi majikan, tetapi ada juga di kalangan kita yang inginkan penghargaan daripada pihak atasan. Mereka pasti mahukan penghargaan dari segi anugerah pekerja cemerlang bagi menjadi kayu ukur atas prestasi yang diberikan sepanjang berkhidmat. Jaminan Masa Hadapan Kepuasan bekerja kamu pasti terserlah dengan jaminan yang bakal diberikan oleh pihak syarikat  dalam meneruskan kerjaya. Jaminan masa hadapan penting bagi individu yang telah lama bekerja dan ingin terus berkhidmat demi menjamin kedudukan yang sedia ada.

Gaji

Gaji adalah hak sebagai seorang pekerja. Tetapi  sampai satu masa apabila kamu sudah mendapat gaji yang berbaloi mengapa masih tidak ada kepuasan dalam bekerja?

Kualiti Pekerjaan

Ada di antara mereka yang berasa puas apabila  dapat menampilkan kualiti kerja yang 100% baik dan hebat. Inilah lambang kepuasan bagi mereka yang benar-benar ikhlas dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan.

Pembaharuan Gaya Kerja

Pembaharuan gaya kerja adalah satu naik taraf dalam sudut bidang kerja kamu. Ini  dilihat dari segi gaya kerja kamu yang lebih bermotivasi dan bersemangat. Perbaharui persekitaran kerja kamu segera!

Potensi Diri

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, pasti kamu ingin potensi diri kamu berkembang. Kalau kamu bekerja di dalam sebuah organisasi selama 10 tahun, pastikan potensi kamu juga berkembang seperti 10 tahun kamu bekerja. Jangan hanya tahu menaip sahaja.

No comments:

Post a Comment