Monday, November 14, 2011

KONGSI MALAM : 8 TANDA SI DIA IKHLAS DENGAN AirUL zaMHUri


1. BersahajaDia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati  kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.


2. Gembira BersamaTiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian  bertemu atau menghabiskan masa bersama.

3. Terima Kamu Seadanya
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.
4. JujurBaik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki  penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.

5. HormatDi awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali  dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.
6. Bertemu Dengan KeluargaJika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan  dia juga akan  membawa kamu bertemu dengan keluarganya.

7. Tidak Menyembunyikan KawanOrang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawan-kawannya  daripada kamu.
8. Mengambil Berat
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya. 


nukilan ikhlas,
AirUL zaMhurI..

# PESANAN :~ ASSALAMUALAIKUM, SALAM SAYANG UTK SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG INI.. SAYA MAKIN TERHARU DAN MAKIN BERSEMANGAT UNTUK MENCORETKAN AGAR BLOG INI SENTIASA ADA PENGUNJUNG YANG SUDI MENGAMBIL MASA UTK MEMBACA..

" MEMBACA AMALAN MULIA..MENCARI ILMU BIARLAH KE NEGARA CHINA.."

OKLAH GAMBAR-GAMBAR IZREEN INI ADALAH SEKADAR HIASAN..HEHEH BUKAN APA SAYA MEMANG MINAT GILER KAT DIA NIE.. WALAUPUN MASIH BARU TAPI PENINGKATAN TAHAP LAKONAN DIA MMG CUNLAH..

No comments:

Post a Comment