Thursday, July 26, 2012

Sudahkah kajian baik dan buruk diambil kira?

Sebagai ibu bapa kita semua bimbang kiranya pulang dari sekolah anak-anak berhadapan dengan bahaya dan sebagainya, bagaimanakah anak-anak ini dapat menghubungi keluarga ketika kecemasan? Pelbagai persoalan dan kebimbangan telah meletakkan idea membenarkan pelajar membawa telefon bimbit kelihatan sangat wajar.
Tetapi sudahkah perkiraan dan kajian baik buruknya diambil kira? Hanya pihak berwajib mampu menjawab persoalan ini. Sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai statistik baik buruknya membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah mungkin boleh untuk saya kongsikan bersama isu yang pada hemat saya mungkin timbul apabila pelajar bersama telefon di sekolah:

l. Tumpuan pelajar terganggu
Bolehkah seorang guru mengawal pelajarnya agar tidak melayan SMS yang masuk keluar pada setiap detik dan ketika? Mungkin juga pelajar sibuk melihat kecanggihan gajet yang dimiliki oleh rakan dan membandingkan dengan gajet miliknya. Bukankah ini semua akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
2. Jurang stratifikasi sosial di sekolah
Sekolah diprogramkan dengan keseragaman dan kesamarataan. Baju tidak berbeza pada warna mahupun gayanya. Tetapi jika gajet yang dibawa iPhone, Samsung, BlackBerry sudah tentu tidak sama dengan gajet tidak berjenama. Apakah kita inginkan jurang stratifikasi sosial berlaku di dalam persekitaran sekolah. Sombong, memperlekehkan yang lain mungkin akan menjadi budaya sekolah. Adakah matlamat ke sekolah akan tercapai kiranya begini keadaan persekitarannya?
3. Jenayah kecil-kecilan
Gajet yang dibawa ke sekolah seperti telefon bimbit mungkin terdedah kepada kecurian. Disebabkan godaan yang tinggi gajet yang dicuri boleh membawa kepada masalah lain seperti bergaduh sesama pelajar dan tidak kurang menyusahkan para guru yang terpaksa membuat siasatan bagi kecurian tersebut.

4. Isu sosial
Anak remaja sedang dalam proses mengenali diri dan membentuk peribadi. Banyak kes pada hari ini telefon bimbit berkamera digunakan sebagai bahan untuk bereksperimen dalam melihat tubuh badan sendiri, mengendap, merekodkan aksi buli dan aksi terlarang lain atas dasar ingin tahu yang kuat dalam diri remaja. Bukan itu sahaja, gajet canggih yang dilengkapi akses kepada internet juga memungkinkan pelajar leka bermain permainan dalam talian dan lain-lain lagi. Sanggupkah para guru warga pendidik dan ibu bapa melayani serta berhadapan dengan semua isu ini yang mana kadar penyalahgunaannya begitu tinggi?
5. Akademik tidak bebas lagi
Guru-guru mungkin mengalami kesukaran untuk berkongsi contoh dan bercakap mengenai perkara yang sensitif kerana khuatir gajet canggih yang dimiliki pelajar merekodkan perkara itu serta mentafsirnya secara salah. Guru juga mungkin tidak akan menggayakan atau berdemonstrasi dalam membentuk kefahaman pelajar bagi mengelakkan ia direkodkan, disunting dan dimuatkan di internet yang akan menjadikan guru terbabit bahan lawak jenaka. Lebih malang ia mungkin jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung mengekang kebebasan akademik di sekolah.
Mungkin bagi membendung kebimbangan ibu bapa akan ancaman bahaya yang ada pada hari ini, pihak berwajib perlu memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan perlu apabila berlaku kecemasan. Butiran untuk dihubungi ketika kecemasan sama ada oleh pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah perlulah jelas.
Pemantauan dari semua pihak memungkinkan persekitaran yang lebih baik kepada semua.
Pelajar perlu dididik agar lebih bertanggungjawab dengan tidak melencong ke tempat lain selepas meninggalkan sekolah. Sentiasa memaklumkan ibu bapa dan guru kiranya mempunyai aktiviti.
Tetapi keadaan dan suasana semasa mungkin mendesak agar pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Biarlah keputusan yang dibuat kelak merupakan risiko yang paling minimum untuk ditanggung oleh ibu bapa, pelajar, sekolah dan juga masyarakat.

Elak gelojoh pada bulan Ramadan

RAMADAN menjelma lagi dan seperti biasa umat Islam di seluruh dunia terus menunaikan ibadat berpuasa serta menghidupkan malam harinya dengan melakukan ibadat tarawih di masjid dan surau.
Ramadan adalah bulan sangat mulia, pada hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini dengan sambutan dan harapan agar ia akan menjadikan kita sebagai manusia lebih baik di sisi Allah

Sepanjang Ramadan, umat Islam digalakkan memakan makanan berkhasiat semasa berbuka dan bersahur, serta ditegah melakukan pembaziran, tetapi malangnya masih ramai daripada kita memasak terlalu banyak hidangan atau dengan jalan paling mudah ialah membeli pelbagai juadah yang begitu banyak dijual di pasar dan bazar Ramadan yang dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Disebabkan terlalu banyak makanan dihidangkan, kebanyakannya tidak termakan dan akhirnya terbuang begitu sahaja, pembaziran seumpama ini amat dilarang oleh Islam dan menyalahi konsep Ramadan itu sendiri.

Walaupun sikap melahap makanan ditegah dalam Islam, namun tiada apa yang dapat menghalang umat Islam daripada tunduk kepada nafsu makan mereka ketika berbuka. Ada pula sesetengahnya beranggapan mereka perlu makan seberapa banyak yang mungkin supaya berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.
Disebabkan terlalu banyak makanan diletakkan ke dalam pinggan, ramai orang tidak mampu menghabiskannya dan akhirnya makanan itu terbuang begitu sahaja, sedangkan berlebih-lebihan sehingga mendatangkan pembaziran adalah bukan sebahagian daripada ajaran Islam.
Adakah umat Islam tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?

Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al A'raaf, ayat 3, "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." Manakala Surah Al Israa', ayat 26 dan 27, "Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan."
Sesungguhnya ketahuilah bahawa Ramadan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun dan Allah SWT menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ibadat, ketaatan dan taqarrub kepada-Nya untuk menyuci diri.
Kekenyangan berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan dan semoga Ramadan ini akan dapat membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

ZiZan ft. KaKa - Bawaku Pergi


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Kebaikan dan keburukan facebook....

  1. Untuk  meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
  2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
  3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
  4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
  5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
  6. Membina komuniti  tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
  7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
  8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
  9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
  10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
  11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya
Keburukan FaceBook :
  1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
  2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
  3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
  4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sensitiviti suatu masyarakat dan kaum.
  5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
  6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
  7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat
pandangan rakan lain....
 1. Belajar bersabar dengan kerenah insan.
2. Belajar bersahabat dengan dunia yg tidak mengenali kita.
3. Belajar berbaik sangka dengan pendapat-pendapat dibaca.
4. Belajar menilai dengan apa yg kita pandang dari pelbagai gambar dan rupa.
5. Belajar mengembara mencari iktibar dari paparan ilmunya.
6. Belajar bersuara dengan kata-kata jiwa dengan keikhlasan di dada.
7. Belajar faham tentang sifat, ragam, sikap dan tragedi manusia.
8. Belajar senyum dan gembira dengan cara maya.
9. Belajar simpati dengan malang yang menimpa yang lain.
10. Belajar berkasih-sayang walau tanpa mata bertentangan.
11. Belajar bertahan dengan pelbagai cemuhan.
12. Belajar menyampaikan amanat Rasulullah s.a.w dan Allah s.w.t.
13. Belajar mengubah keburukkan menjadi teladan.
14. Belajar membalut diri dengan kebaikan-kebaikan alam.

kali ini saya akan berkongsi tentang Keburukan Facebook, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sebagai seorang blogger, layan:-
  1. Keburukan Facebook yang pertama ialah ianya menyebabkan golongan pekerja kurang produktif. Bayangkanlah, masa kerja bermain facebook. Chat, bermain game dan sebagainya. Kerja pula tertanggung. Syarikat nak block facebook kat office, mustahil, sekarang nih macam-macam software boleh digunakan untuk menyaaktifkan sekatan. Tapi, bukan semua gologan pekerja bermain facebook semasa berkerja.
  2. Keburukan Facebook yang kedua ialah ianya boleh menyebabkan krisis rumahtangga atau krisis percintaan. Bayangkanlah, sudah berkahwin tetapi mengaku bujang. Mengaku bujang takpe, nih ada yang sampai ber sayang sayang. Bila pasangan mendapat tahu, bermulalah krisis. Akhirnya berlaku perpisahan.
  3. Keburukan yang ketiga ialah menyebabkan pergaduhan dan menggugat keselamatan. Contohnya dalam isu politik. Isu politik kerap kali dibawa masuk ke dalam facebook. Maki memaki, ugut mengugut dan sebagainya.
  4. Keburukan yang keempat ialah facebook digunakan sebagai medium untuk menfitnah atau menjatuhkan maruah orang lain. Sekarang ini berleluasa, fanpage facebook dibuka hanya untuk memburuk-burukkan individu tertentu.
  5. Keburukan yang kelima ialah facebook digunakan sebagai medium penipuan. Di malaysia saja, banyak kes yang berlaku. contohnya, kes warga Nigeria menipu wang wanita kesepian dan macam-macam lagi.

Tak mudah jadi Ziana..

SAYA hanya membiarkan figura ini berehat seketika sebelum memulakan sesi penggambaran petang itu.
Katanya, tidak cukup tidur kerana pada malam sebelumnya dia sibuk dengan rakaman program raya terbitan sebuah stesen televisyen yang hanya tamat sekitar pukul 1 pagi.
“Kalau tidak dikuatkan semangat memang boleh pengsan dibuatnya," kata Ziana Zain berseloroh membuka bicaranya.
Saya hanya ketawa kecil melihat gelagat Ziana apabila berbicara. Memang itulah identitinya yang barangkali semua orang sudah tahu. Baik media mahupun peminat yang mengenalinya sejak 21 tahun lalu.
Perbualan kami dalam keadaan santai membuatkan saya cukup selesa untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada Ziana.
Apa yang membuatkan saya kagum dengan bintang ternama ini apabila dia kekal menjadi pujaan dan kegilaan peminat selama lebih 20 tahun dalam industri seni. Dan yang lebih penting lagi, keunggulannya sebagai isteri dan ibu, yang terus mempertahankan keharmonian rumah tangga dibinanya sampai ke hari ini. Ketika banyak rakan artis seusianya sudah melalui berkali-kali episod pernikahan dan perceraian, Ziana adalah Diva yang mampu bertahan dalam segala sudut, kerjaya dan rumah tangga.

DIa lahhh.... ZIANA ZAIN




  


 

Monday, July 23, 2012

PUJANGGA PENCINTA SEJAGAT

BILA HATI TERLUKA, JIWA MERANA


 Setiap hari kamu dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan kamu.Sebagai seorang kekasih sudah tentu kamu inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan?Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu kamu lakukan

1)Selami Hati & Perasaan Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah! Ha, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai bosan dengan cara kamu. Sebenarnya si dia tidak tahu dan tidak mahu menyelami hati dan perasaan kamu. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu kamu akan dipujuknya.Sebagai pasangan kekasih, kamu dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain.

2)Belajar Jujur Pada Pasangan
Sekiranya ada, kamu orang pertama yang perlu belajar menjadi jujur kepada pasangan. Jika kamu mahukan si dia berlaku jujur dengan kamu, kamu yang perlu mulakan langkah itu. Apabila terpalit sedikit penipuan di dalam perhubungan tersebut ini bermakna kamu dan si dia belum mampu untuk mengendalikan perhubungan tersebut. Persengketaan sering kali berlaku bila mana kamu dan si dia tidak berlaku jujur.

3)Tidak Terlalu Hipokrit
“Em, tak mengapalah. Saya faham Ayang sibuk, Ayang jangan bimbang saya boleh makan sendiri.”

Kata-kata ini yang selalu hadir dan bermain di bibirnya. Kadangkala kamu terfikir sama ada si dia benar-benar memahami kerja kamu atau sebaliknya.Tatkala persengketaan berlaku mulalah si dia menyalahkan kamu dan kamu juga seperti itu. Akhirnya ketidakpuasan hati di antara kamu terbongkar jua. Rupa-rupanya selama ini kamu mahupun si dia hanya berpura-pura memahami antara satu sama lain. Waktu inilah masing-masing mahu menarik diri lalu memutuskan perhubungan tersebut.

4)Hargai Setiap Pengorbanannya
Tolong hargai setiap pengorbanan yang telah si dia lakukannya.Mungkin jarang sekali kamu bertemu dengan lelaki sepertinya yang sanggup lakukan apa sahaja demi kamu? Susah bukan ingin mencari kekasih seperti ini? Si dia sanggup berpanas dan berhujan demi kamu, baginya kamu sangat berharga seperti emas.Hilangnya kamu meranalah si dia dan berkelanalah sidia tanpa ada pendayung yang menjadi kekuatannya.Lihatlah betapa pentingnya kamu dalam hidupnya. Maka untuk apa kamu mencetuskan perbalahan sehingga menimbulkan kesengsaraan? Fikir-fikirkanlah, jangan sampai keputusan itu menjerat diri kamu sendiri, takut nanti kamu juga yang merana.

5)Jangan Memperbesarkan Masalah
Aduh! Hal remeh pun kamu ingin perbesarkan? Susah betul nak berkompromi, kamu semahu-mahunya ingin mempertahankannya juga. Kamu perlu ingat, hal yang kecil seboleh-bolehnya diselesaikan dengan cara yang paling berhemah.Sekiranya kamu terlalu beremosi, inilah padahnya!Kamu akan mencari kesalahannya, kemudian bergaduh sampai kamu sendiri yang tertekan dan akhirnya menangis teresak-esak. Padahal kamu boleh mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik. Kamu perlu profesional, jangan sampai si dia mengangkat kaki dan melangkah pergi daripada hidup kamu. Saat itu siapa yang akan merana? Kamu jawablah sendiri.

6)Menuding Jari Tanpa Sebab
Inilah masalah orang bercinta. Kamu sendiri mengakuinya bukan?Cuba kamu fikir ada atau tidak selama ini kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain? Mestilah ada, kalau tidak kamu dan si dia tidak akan bercakaran sampai membawa kepada kata putus.Waktu itu kamu sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku. Mulalah menangis tidak tentu arah, pandang kanan salah malah pandang kiri pun serba tak kena. Aduh! Jiwa kacau macam ini.Jadi untuk mengatasi masalah ini, kamu jangan terlalu menuding jari tanpa sebab, selidiki terlebih dahulu. Jangan kamu hentam kromo sahaja!Padah yang menanti kamu nanti.
 

10 Ciri-ciri Orang Yang Tidak Tahu Menghargai Orang Lain



1.Tidak pernah mengucapkan terima kasih.
2.Tidak pernah berpuas hati dengan kerja orang lain.
3.Tidak mempunyai rasa percaya terhadap orang lain.
4.Lebih suka membanggabanggakan dirinya sendiri.
5.Merasakan dirinya paling hebat berbanding orang lain.
6.Suka menghamburkan kemarahan kepada individu lain, sedangkan mereka tidak bersalah.
7.Meletakkan kesalahan di bahu orang lain dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.
8.Suka mendapat pujian hasil kerja orang lain.
9.Suka mencari kesalahan orang lain.
10.Tidak boleh menerima pendapat orang lain dan beranggapan pendapatnya sahaja yang betul dan harus diterima pakai.
 
terima kasih dengan perkongsian dr INSPIRASI REMAJA TERKINI

LAGU KEGEMARAN SAYA : Ziana Zain-Gerhana



Benar... aku yang bersalah
Mungkin... tiada kemesraan di hati
Harus... kau fikirkan jua...
Segala perubahan sikap mu itu
Bukan niat ku
Melukakan hatimu

Tika ia bermula
Cinta kita bersinar
Masih dalam ingatan
Paduan... janji

Jangan kau persoalkan
Dimana kejujuran
Masih engkau sangsikan
Keikhlasan ku


Berapa lama... mungkin
Kesabaran ku ini terang yang tiba
Jadi gerhana
Ada cahaya redup
Seketika

Benar... aku yang bersalah
Mungkin... tiada kemesraan dihati
Terang yang tiba
Jadi gerhana

CINTA ITU INDAH : tanda-tanda dia suka kat kita...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

AKU SUKA DIA

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya

Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu

Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa

Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia

Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu

Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira

Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia

BERDUA BERSATU

BERDUA BERSATU-FORTEEN

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti


Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai

Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


(forteen)

ANGIN SYURGA

 
Lirik Lagu Angin Syurga - Misha Omar
M.Nasir/Buddhi Hekayat

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

c/o
sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku... tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi

‎4 JENIS PEREMPUAN yang akan menjadi PENGHUNI NERAKA

4 Jenis Wanita Yang Menjadi Penghuni Neraka


1) Perempuan yang JAHAT MULUTNYA atas suaminya..
~ suka jatuhkan maruah suaminya
~ suka kutuk suami berterusan
~ suka mengungkit setiap hari
~ apabila suami berada di rumah, disakiti hati suami dengan kata-kata yang kasar

2) Perempuan yang buat suaminya TIDAK MAMPU/meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya..
~ paksa suami ikut cakap isteri
~ guna ilmu hitam
~ mintak sesuatu yang diluar kemampuan suami

3) Perempuan yang TIDAK MAHU MENUTUP AURATNYA daripada lelaki (bukan mahram)..
~ isteri yang berhias diri ketika keluar rumah
~ isteri yang tidak mahu menutup aurat

4) Perempuan yang CITA-CITANYA TIDAK ADA (hidup untuk makan dan berseronok)..
~ tidak mahu menunaikan solat
~ tidak mahu membaca quran
~ tidak mahu berpuasa
~ hanya mahu bersenang-lenang
~ hidup untuk makan, minum, tidur dan berseronok sahaja

"Kebanyakkan WANITA itu adalah ISI NERAKA dan KAYU API.."

KELEBIHAN Tadarrus/Membaca al-Quran di Bulan RAMADHAN

 

BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan.


Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.”

 “Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya, maka hendaklah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan hidangan Allah yang diturunkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk dinikmati dan dikecapi.”

“Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang bermanfaat, penyelamat bagi siapa yang berpegang dengannya, kesejahteraan bagi siapa yang mengikutinya. Tidaklah ia menyeleweng, pasti diperbetulkan dan sesat pasti ditunjukkan keajaibannya tidak putus-putus. Ia tidak binasa dengan sebab banyaknya dibaca.

Bacalah al-Quran kerana Allah menggandakan kepada kamu pahala pada setiap bacaannya. Setiap huruf dengan sepuluh kebajikan. Adapun sesungguhnya aku tidak berkata ali lam mim satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.”

Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya:
Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.

 “Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.”


sesungguhnya dengan membaca al-quran mendekatkan diri kita padaNYA. ALLAH yang satu.. tiada tuhan melainkan ALLAH.


sahabatmu.. incik airul zamhuri

JENIS-JENIS SYURGA / NERAKA

SEKADAR BERKONGSI...
KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN.. membezakan antara kita semua...
setia pada NYA....lakukan perintahNYA...tinggalkan laranganNYA...
nascahaya SYURGA tempat untuk mu..
 
Sekadar menambahkan ilmu yang sememangnya tidak pernah kita ketahui...

Tingkat Dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkat dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah
 
Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satu tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini.

BICARA TENTANG SAHABAT : 12 sifat sahabat yang baik

  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
( Terima kasih kepada seribusatuadamhawa....)

ADAKAH SAYA SAHABAT YANG BAIK UNTUK ANDA....

SETIAP orang tentu mempunyai kesibukan dengan pekerjaan, kegiatan sosial, organisasi, keluarga, ataupun sahabat. Namun kadang-kadang, kita terlalu fokus pada pekerjaan dan keluarga kerana keterbatasan waktu.

Hal tersebut menyebabkan hubungan anda dengan sahabat sedikit terabai. Oleh kerana itu, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk kembali membina hubungan persahabatan.

beberapa tip agar anda boleh menjadi sabahat yang lebih baik.....
Jadi pendengar yang baikKita sering terjebak dalam rutin yang padat, sehingga lupa kalau memiliki sahabat yang mungkin sedang tertimpa masalah. Maka mulai saat ini, anda perlu lebih memerhatikan dia dengan meluangkan sedikit masa untuk mendengar keluh kesahnya.

Cubalah jadi pendengar yang baik baginya. Semakin anda sering mendengar, semakin dia merasa selesa berada di dekat anda, maka persahabatan anda menjadi lebih erat.

Selalu bertanya
Semakin sering bertanya, anda semakin mengerti masalah yang sedang melandanya. Jika sudah memahami duduk perkaranya, anda akan lebih mudah memberikan penyelesaian bagi dia.

Selain itu, dengan bertanya, sahabat anda merasa bahawa anda peduli padanya. Hal ini membuat dia jadi lebih selesa berkongsi cerita kepada anda.

Selalu menyokong
Ketika dia sedang tertekan kerana pekerjaan atau masalah lain, anda perlu hadir untuk memberikan sokongan kepadanya. Datanglah, dia benar-benar memerlukan sokongan anda sebagai seorang teman atau sahabatnya.
      SEKIAN TERIMA KASIH.... SAHABAT SEJATI...

    RAHsia BUlan KELAhiran..



    kita diberi akal dan fikiran...
    itulah yang membezakan antara
    MANUSIA dan HAIWAN

    coretan ini adalah sekadar pandangan terhadap sesuatu ilmu yg diberikan..
    melihat RAHSIA BULAN KELAHIRAN ini ...saya anggapkan ianya sebagai panduan
    dan bukan untuk ditakburkan...

    yang baik dari ALLAH SWT... yang kurang baik dari INCIK AIRUL ZAMHURI iaitu saya sendiri.

    kita dilahirkan dan dibesarkan oleh kedua ibu bapa kita. dialah yang memberi sebatang canting untuk kita sendiri mewarnai hidup kita..

    sekadar renungan.. selamat beramal..

    Sunday, July 22, 2012

    Keutamaan / Fadilat Puasa Ramadan Setiap Hari

    Sebagaimana telah banyak diketahui oleh Umat Islam mengenai Fadilat melaksanakan Puasa Ramadan, dimana yang paling terkenal adalah hadits yang diriwayatkan oleh Salman al Farisi, Nabi SAW bersabda: “Adalah bulan Ramadan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”

    Namun demikian untuk memberikan wacana lebih luas dan dalam, perlu kiranya Umat juga membaca tulisan berikut ini mengenai Fadilat melaksanakan Puasa Ramadan yang diuraikan hari per harinya.

    Berikut ini adalah Keutamaan dan Fadilat melaksanakan Puasa Ramadan dari hari ke-1 sampai denga hari ke-30. Diambil dari Kitab Fadhâil Al-Asyhur Ats-Tsalâtsah yang di tulis oleh Syeikh Muhammad bin Ali bin Husein bin Musa bin Babawayh Al-Qumi, beliau adalah seorang ulama besar ahli hadits ber-Mazhab Ahlul Bait Nabi SAW. Ditulis berdasarkan Hadits shahih yang telah di “Tahqiq”.
    Hari ke-1: Semua dosa akan diampuni oleh Allah SWT, baik yang tersembunyi dan yang terang-terangan. Akan meninggikan darjat berlipat ribuan. Dan membuatkan untuk kalian lima puluh ribu kota di syurga.

    Hari Ke-2: Setiap ibadah akan dicatat oleh Allah SWT terhadap segala apa yang dilakukan. Memberikan pahalanya seperti ibadah selama satu tahun. Menyetarakan pahalanya seperti pahala seorang nabi. Dan mencatat puasa hari ke-2 seperti puasa satu tahun.

    Hari Ke-3: Allah SWT memberi setiap rambut di tubuh kalian taman permata yang indah di syurga Firdaus, di atasnya dua belas ribu rumah dari cahaya, di bawahnya dua belas ribu tempat tidur dan di setiap tempat tidur ada bidadari, setiap hari seribu malaikat berkunjung dan setiap malaikat membawa hadiah untuk kalian.

    Hari Ke-4: Pahalanya adalah Syurga Khuld yang didalamnya terdapat tujuh puluh ribu istana dan di setiap istana terdapat tujuh puluh ribu rumah, di setiap rumah terdapat lima puluh ribu tempat tidur dan disetiap tempat tidur terdapat bidadari dan setiap bidadari memiliki seribu perhiasan yang lebih baik dari dunia dan segala isinya.

    Hari Ke-5: Pahalanya adalah Syurga Al-Ma’wa yang terdapat beribu-ribu kota, setiap kota terdapat seribu rumah, di setiap rumah terdapat seribu meja makan, di atas setiap meja makan tujuh puluh ribu tempat makanan, di setiap tempat makanan tujuh puluh macam makanan yang tidak sama satu dengan yang lain.

    Hari Ke-6: Pahalanya adalah Syurga Darus Salam yang terdapat seratus ribu kota, di setiap kota seratus perkampungan, disetiap perkampungan seratus ribu rumah, di setiap rumah seratus ribu tempat tidur dari emas yang panjang, setiap tempat tidur panjangnya seribu hasta, di atas tempat tidur terdapat bidadari sebagai pasangan yang berhias dengan tiga puluh ribu perhiasan dari permata putih dan permata merah, dan setiap bidadari membawa seratus pelayan.

    Hari Ke-7: Pahalanya adalah Syurga Na’im. Pahala seribu syuhada’ dan empat puluh ribu orang yang benar.

    Hari Ke-8: Pahalanya seperti pahala amal enam puluh ribu ahli ibadah dan orang enam puluh ribu orang yang zuhud.

    Hari Ke-9: Pahalanya adalah Allah SWT akan memberikan apa yang diberikan kepada seribu ulama, seribu orang yang i’tikaf, dan seribu orang yang menyambung tali persaudaraan.

    Hari Ke-10: Dikabulkannya tujuh puluh ribu hajat, dan matahari, bulan, bintang-bintang, binatang yang melata, burung, binatang buas, setiap bebatuan dan bongkahan tanah liat, setiap yang kering dan yang basah, setiap binatang di laut dan dedaunan di pepohonan akan memohonkan ampunan bagi kita.
    Hari Ke-11: Pahalanya seperti pahala empat kali orang yang haji dan umrah, setiap yang haji bersama seorang Nabi, dan setiap yang umrah bersama orang yang benar dan yang syahid.

    Hari Ke-12: Akan dijadikan bagi kalian keimanan yang dapat merubah keburukan-keburukan menjadi kebaikan-kebaikan yang berlipat-ganda, dan mencatat bagi kalian setiap kebaikan seribu kebaikan.

    Hari Ke-13: Dicatat bagi kalian pahala seperti pahala ibadah penduduk Mekkah dan Madinah, dan Allah memberi kalian syafaat sejumlah bebatuan dan bongkahan tanah liat yang ada di antara Mekkah dan Madinah.

    Hari Ke-14: Kalian seperti berjumpa dengan Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Daud dan Sulaiman, dan seperti beribadah kepada Allah Azza wa Jalla bersama setiap Nabi selama dua ratus tahun.

    Hari Ke-15: Dikabulkan untuk kalian hajat-hajat dunia dan akhirat, memberi kalian apa yang diberikan kepada Nabi Ayyub; para malaikat pemikul Arasy memohonkan ampunan untuk kalian, dan pada hari kiamat Allah Azza wa Jalla akan memberi kalian empat puluh cahaya, sepuluh cahaya dari sebelah kanan kalian, sepuluh dari sebelah kiri kalian, sepuluh dari depan kalian, dan sepuluh cahaya dari belakang kalian.

    Hari Ke-16: Diberikan kepada kalian enam puluh pakaian untuk kalian pakai pada hari kalian dibangkitkan dari kubur, enam puluh onta untuk kalian kendarai, dan dikirim awan untuk menaungi kalian dari sengatan panas hari itu.

    Hari Ke-17: Allah SWT menyatakan: “sungguh Aku telah mengampuni mereka dan bapak-bapak mereka, Aku akan lindungi mereka dari azab hari kiamat.”

    Hari Ke-18: Diperintahkan kepada malaikat Jibril, Mikail, Israfil, malaikat pemikul Arasy dan Al-Karubin agar memohonkan ampunan untuk ummat Muhammad saw sampai tahun berikutnya, dan Allah Azza wa Jalla memberikan pada kalian pahala para syuhada’ Badar.

    Hari Ke-19: Semua malaikat langit dan bumi minta izin kepada Tuhannya untuk berziarah ke kuburan kalian setiap hari, dan setiap malaikat membawa hadiah dan minuman untuk kalian.

    Hari Ke-20: Diutus kepada kalian tujuh puluh Malaikat untuk menjaga kalian dari setiap setan yang terkutuk; dicatat untuk kalian setiap hari kalian puasa seperti berpuasa seratus tahun; menjadikan parit antara kalian dan neraka; memberi kalian pahala orang yang termaktub dalam Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qu’an; dicatat untuk kalian setiap pena Jibril sebagai ibadah satu tahun; memberikan pada kalian pahala tasbih Arasy dan Kursi; dan memberi pasangan untuk kalian setiap ayat Al-Qur’an seribu bidadari.

    Hari Ke-21: Diluaskan kuburan kalian seribu farsakh, menghilangkan dari kalian kegelapan dan kesepian, menjadikan kuburan kalian seperti kuburan para syuhada’, dan menjadikan wajah kalian seperti wajah Yusuf bin Ya’qub AS.

    Hari Ke-22: Diutus kepada kalian malaikat maut seperti pada para Nabi saw, menyelamatkan kalian dari keganasan malaikat Munkar dan Nakir, dan menghilangkan dari kalian penderitaan dunia dan akhirat.

    Hari Ke-23: Kalian akan melintasi shirathal mustaqim bersama para Nabi, shiddiqin dan syuhada’, dan pahala kalian seperti memberi makanan kepada setiap anak yatim dari ummatku dan seperti memberi pakaian kepada setiap yang telanjang dari ummatku.

    Hari Ke-24: kalian tidak akan keluar dari dunia kecuali kalian melihat kedudukannya di syurga; setiap kalian diberi pahala seribu orang yang sakit, seribu pahala orang yang merantau untuk mentaati Allah Azza wa Jalla, kalian diberi pahala seribu pembebasan dari keturunan nabi Ismail AS.

    Hari Ke-25: Dibuatkan untuk kalian di bawah Arasy seribu menara hijau, di atas setiap menara terdapat kemah dari cahaya, dan Allah SWT berfirman: “Wahai ummat Muhammad, Aku adalah Tuhan dan kalian adalah hamba-Ku, bernaunglah kalian di bawah Arasy-Ku di menaramenara ini, makan dan minumlah sepuas kalian, jangan takut dan jangan sedih; wahai ummat Muhammad, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku akan mengirim kalian ke syurga, kalian akan dibanggakan oleh orang-orang yang terdahulu dan yang terakhir, Aku akan memberikan pada setiap kalian seribu mahkota dari cahaya, kendaraan onta yang Kuciptakan dari cahaya, tali kendalinya dari cahaya dan pada tali kendali itu terdapat seribulingkaran yang terbuat dari emas, dan pada setiap lingkaran berdiri malaikat, dan setiap malaikat memegang tongkat dari cahaya sehingga kalian memasuki syurga tanpa dihisab.

    Hari Ke-26: Allah SWT memandang dengan kasih sayang-Nya, kemudian mengampuni semua dosa kalian kecuali sogokan dari hartanya; Mensucikan rumah kalian setiap hari tujuh puluh ribu kali dari ghibah dan dusta.

    Hari Ke-27: Pahalanya seperti menolong setiap mukmin dan mukminah, memberi pakaian pada tujuh puluh ribu orang yang telanjang, membantu seribu orang yang menjalin tali persaudaraan; kalian seperti membaca semua kitab yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla kepada para Nabi-Nya.

    Hari Ke-28: Menjadikan bagi kalian di syurga Al-Khuld seratus ribu kota dari cahaya, memberi kalian di syurga Al-Ma’wa seratus ribu istana dari perak; memberi kalian di syurga Al-Jalal tiga ratus ribu mimbar (tempat yang tinggi) yang terbuat dari misik, di setiap mimbar seribu rumah dari za’faran.

    Hari Ke-29: Diberikan kepada kalian beribu-ribu kediaman dan di setiap kediaman terdapat menara putih, disetiap menara terdapat tempat tidur dari kafur putih dilengkapi dengan seribu permadani dari sutera hijau, di setiap permadani disiapkan bidadari yang dihiasi dengan tujuh puluh ribu hiasan, di kepalanya seribu hiasan dari permata.

    Hari Ke-30: Akan dicatat bagi kalian setiap hari sebelumnya pahala seribu suhada’ dan seribu orang yang benar; Dicatat bagi kalian seperti beribadah lima puluh tahun; Dicatat bagi kalian untuk setiap hari seperti puasa dua ribu hari, dan mengangkat derajat kalian.

    syukur alhamdulilah...
    diharapkan agar dengan fadilat puasa ramadan ini dapat memberi seribu makna dan pengajaran kepada kita semua, umat islam..

    sekali lagi terima kasih kepada idan radzi di atas perkongsian ilmu ini.
    semoga ALLAH SWT merahmati dan memberi seribu cahaya dari-NYA.
    amin ya robbal alamin..

    Tuesday, July 17, 2012

    PESERTA ON AIR MUSIM PERTAMA

     



     SAHABAT KARIB SAYA SEJAK KECIL... kami sama2 berkhatan... mmg minat dia ke arah pengacaraan atau penyiaran.. che kamarul faizal bin che kamaruddin... tinggal di seri manjung perak.
     


     

     TAHNIAH KEPADA PEMENANG MUSIM PERTAMA.......HEFNY

    Untuk Dia - SleeQ Ft Najwa

    Lirik [Sleeq]
    Kuatkan radio, kuatkan radio anda
    Kuatkan radio, kuatkan radio
    Aku yang patut, yang patut
    Memberinya segala
    Kerna aku mampu
    Ya aku mampu
    Melakukan apa-apa saja

    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

    Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
    Memang selalu belanja
    Mungkin anak orang kaya
    Kadang kala pabila
    Dia ke Singapura
    Tak duduk rumah saudara
    Dia inginkan Shangrila

    Bertemu di Facebook
    Beberapa hari kemudian
    Mungkin gua comel kot
    Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
    Oh lupa bilang gadis ni KL
    Tak cakap kosong dia memang begini
    Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
    Lelakinya pula kan bawa Mercedez
    Apa saja dia minta dia memberi tetapi

    Aku yang patut, yang patut
    Memberinya segala
    Kerna aku mampu, ya aku mampu
    Melakukan apa-apa saja

    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

    [Najwa Latif]
    Engkau Punya Gaya
    Walaupun tak kaya
    Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
    Mungkin kau lihat ku
    Ku banyak berbelanja
    Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

    Bertemu di MukaBuku
    Ku jatuh hati padamu
    Bukan tak nak mengaku
    Tapi hati rasa malu

    Senyum mu menawan menawan
    Kau buat hatiku tertawan
    Ada sesuatu yang kau perlu tahu
    Tentang diri aku dengan lelaki itu
    Meski dia bisa beriku apa sahaja
    Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
    Itu bukan segalanya

    [Sleeq]
    Aku yang patut, yang patut
    Memberinya segala
    Kerna aku mampu
    Ya aku mampu
    Melakukan apa-apa saja

    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
    Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

    [Najwa Latif]
    Jadi engkau yang patut, yang patut
    Memberiku segala
    Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
    Melakukan apa-apa saja

    Untuk aku (okay)
    Untuk aku
    Untuk aku
    Untuk aku (untuk kamu)
    Untuk aku
    Untuk aku
    Untuk aku
    Untuk aku

    [MTV] Sleeq & Najwa Latif - Untuk Dia













    antara lagu kegemaran saya... najwa latiff ft sleeq ( untuk dia..)

    padaMU ku bersujud


    Ku menatap dalam kelam
    Tiada yang bisa kulihat
    Selain hanya namaMu, ya Allah

    Esok ataukah nanti
    Ampuni semua salahku
    Lindungi aku dari
    Segala fitnah

    Kau tempatku meminta
    Kau beriku bahagia
    Jadikan aku selamanya
    HambaMu yang selalu bertaubat

    Ampuniku ya Allah
    Yang sering melupakanMu
    Saat Kau limpahkan karuniaMu
    Dalam sunyi aku bersujud

    Esok ataukah nanti
    Ampuni semua salahku
    Lindungi aku dari
    Segala fitnah

    Kau tempatku meminta
    Kau beriku bahagia
    Jadikan aku selamanya
    HambaMu yang selalu bertaubat

    Ampuniku ya Allah
    Yang sering melupakanMu
    Saat Kau limpahkan karuniaMu
    Dalam sunyi aku bersujud

    Kau tempatku meminta
    Kau beriku bahagia
    Jadikan aku selamanya
    HambaMu yang selalu bertaubat

    Ampuniku ya Allah
    Yang sering melupakanMu
    Saat Kau limpahkan karuniaMu
    Dalam sunyi aku bersujud
    PadaMu


    ucapanku TERIMA KASIH CINTA...

    SAYANG... TERIMA KASIH MENERIMA KU...

    saat mata bertentangan
    saat itulah hatinya tersenyum riang
    saat aku pergi
    saat itulah dia benar2 kecewa
    saat aku hadir kembali
    saat itulah dia kembali ceria
    terima kasih untuk segalanya
    terima kasih kerana menyayangiku
    terima kasih cinta
    walaupun untuk sementara…..

    untukmu... lirik lagu ini sangat puitis untuk mu hayati..

    Tersadar didalam sepiku
    Setelah jauh melangkah
    Cahaya kasihmu menuntunku
    Kembali dalam dekap tanganmu

    Terima kasih cinta untuk segalanya
    Kau berikan lagi kesempatan itu
    Tak akan terulang lagi
    Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

    Tanpamu tiada berarti
    Tak mampu lagi berdiri
    Cahaya kasihmu menuntunku
    Kembali dalam dekapan tanganmu

    Terima kasih cinta untuk segalanya
    Kau berikan lagi kesempatan itu
    Tak akan terulang lagi
    Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

    Terima kasih cinta untuk segalanya
    Kau berikan lagi kesempatan itu
    Tak akan terulang lagi
    Semuaaa kesalahanku
    Kesalahanku yang pernah menyakitimu


    kehidupan mewarnai cinta...

    Bersabarlahh....

     cahaya pasti menjadi milikmu... berdoalah...!!! memohon pada yang ESA..

    Jangan dilupa amalan membaca al-quran






     bersedih...tapi janganlah terlalu membawa kemudaratan...
    aku berdiri merenung masa hadapan....
    aku di sini berdiri.. merenung masa hadapan... apa yang harus aku lakukkan untuk menaik taraf keluarga.


     AL-QURAN...pendinding manusia...nascahaya tiada sesat jalanmu itu...

    menadah tangan memanjat kesyukuran...alhamdulilah...