Wednesday, August 8, 2012

TERIMA KASIH PAHLAWAN MALAYSIA...

: HARI PAHLAWAN : TERIMA KASIH DI ATAS JASA TERBILAN...


Kesejahteraan dan kemakmuran negara kita tidak datang begitu sahaja
tetapi merupakan hasil titisan darah pejuang dan pahlawan yang
telah berkorban nyawa untuk memastikan keamanan negara yang berterusan"


Antara titah ucapan DYMM Sultan Kelantan:
a. Sambutan Hari Pahlawan bertujuan mengenang sumbangan jasa bakti pahlawan Negara dalam mempertahankan kedaulatan Negara


b. Kita sama-sama berdoa semoga Allah cucuri rahmat kepada pahlawan yang terkorban


c. Sensitiviti kaum dijaga oleh semua pihak


d. Pembangunan ekonomi banyak bergantung kepada keamanan dalam negara. Justeru peranan pasukan keselamatan negara adalah penting 


e. Rakyat diseru bersama-sama membina negara dan keharmonian negara dengan komitmen dan semangat patriotik yang tinggi


f. Pengorbanan jasa pahlawan Negara diberikan pengiktirafan dan anugerah kehormat atas perjuangan luar biasa dalam menjalankan tugas


g. Peranan / sumbangan pasukan keselamatan di peringkat antarabangsa seperti dalam pasukan pengaman dan pemerhati merupakan kepercayaan antarabangsa kepada tentera dan pasukan keselamatan Negara. 


h. Jasa Pahlawan jangan dilupa dan sebagai penghargaan adalah wajar waris pahlawan yang terkorban diberikan bantuan
.

No comments:

Post a Comment